BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhimpunan: 572 Dibebaskan, 17 Direman

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Seramai 17 orang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara Sabtu dikenakan perintah reman selama dua hari yang akan berakhir Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

"Bagaimanapun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah telah dibebaskan secara berperingkat bermula awal pagi ini," katanya dalam SMS kepada Bernama di sini.

Antara yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R.Sivarasa.

Seramai 572 individu daripada 589 orang yang ditahan semalam turut dibebaskan Ahad.

"Kesemua 17 individu itu kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan didakwa atau dibebaskan," katanya.

Kesemua mereka yang ditahan itu adalah antara sebahagian 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi semalam untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, usaha GMI untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

-- BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register