balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
DUA remaja adik-beradik bawah umur yang ditahan kerana terlibat dalam perlumbaan haram dan menunggang motosikal tanpa lesen.
KUALA LUMPUR – Alasan dua remaja kononnya baru pulang dari tuisyen gagal memperdayakan polis apabila mereka ditahan bersama 129 penunggang motosikal lain dalam Ops Roda di Lebuh Raya Besraya di sini awal pagi semalam.
Kedua-dua adik-beradik berusia 14 dan 11 tahun dari Balakong itu ditahan dalam operasi bersepadu selama tiga jam yang bermula pukul 1 pagi melibatkan seramai 300 anggota polis.
Ketika ditahan mereka mendakwa hanya datang menyaksikan pelesit rempit berlumba, namun tembelang mereka pecah setelah akhirnya mengaku turut terbabit dalam kegiatan tersebut.
SUMBER:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm