BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tugas Polis Bukan Sekadar Profesion, Tetapi Amanah Besar - Saifuddin Nasution

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
8a989a36341b8f44e802f471c46c9e4769c356767f3b9

Kredit : FB Saifuddin Nasution Ismail

Tugas seorang anggota polis bukan sekadar profesion, tetapi satu amanah besar kepada negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga menjalankan tugas tanpa mengira waktu dan keadaan demi memastikan keamanan serta ketenteraman negara kekal terpelihara.

“Hari ini kita meraikan sebuah institusi yang telah berdiri teguh menjaga keamanan negara sejak lebih dua abad iaitu PDRM.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga (polis). Jasa dan pengorbanan anda semua sentiasa dihargai dan dikenang,” katanya yang menzahirkan ucapan penghargaan sempena Hari Polis ke-219 menerusi hantaran di laman Facebook.

Saifuddin Nasution turut berharap agar PDRM terus kekal profesional serta berintegriti dalam memikul tanggungjawab sebagai institusi yang sentiasa dekat di hati rakyat.

 
Back
Top
Log in Register