azlann1981
Super Active Member
- Messages
- 5,538
- Joined
- Apr 13, 2006
- Messages
- 5,538
- Reaction score
- 254
- Points
- 91
Pergi atau berhenti -- Timbalan Menteri beri kata dua kepada guru enggan ke pedalaman
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan NIZAM YATIM
KUALA LUMPUR 21 Mac – Mahu pergi atau letak jawatan. Itulah kata dua yang diberikan Kementerian Pelajaran hari ini kepada bakal guru yang enggan bertugas di kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar berkata, pihaknya terpaksa bertegas kerana keengganan guru-guru tersebut bertugas ke kawasan luar bandar boleh mengakibatkan pelajar ketinggalan untuk mendapatkan pendidikan bermutu.
Beliau berkata, kementerian tidak akan melayan sebarang rayuan kecuali dengan alasan yang munasabah.
‘‘Kementerian terpaksa bertegas dan tidak mahu lagi berkompromi. Guru-guru perlu mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dan jika mereka enggan, lebih baik mereka berhenti daripada menjadi guru.
“Tindakan ini lebih baik daripada kita membiarkan ribuan pelajar menjadi mangsa. Ini soal keadilan pendidikan yang seharusnya dinikmati oleh pelajar-pelajar kita di kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Menurut statistik tahun 2005, terdapat seramai 326,000 orang guru di Malaysia dengan kira-kira 60 peratus terdiri daripada guru sekolah rendah.
Terdapat lebih 7,600 buah sekolah rendah di negara ini dan 67 peratus daripadanya terletak di kawasan luar bandar.
Noh berkata, hak mutlak penyusunan guru terletak di tangan Kementerian Pelajaran dan mahu tidak mahu setiap guru wajib mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.
“Dasar kementerian ialah kita yang akan menentukan di mana guru sepatutnya mengajar bukannya guru yang menentukan di mana mereka hendak mengajar.
“Sekiranya hak tersebut terletak di tangan guru sudah pasti mereka mahu mengajar di kawasan bandar atau di kampung mereka. Jika perkara ini terus berlarutan apakah nasib murid atau pelajar kita yang berada di kawasan pedalaman,” tegas beliau.
Ditanya mengenai jenis rayuan berhubung pertukaran yang boleh dipertimbangkan oleh Kementerian Pelajaran, beliau berkata, hanya faktor kesihatan dan keselamatan yang akan dipertimbangkan.
“Hanya dua faktor ini yang boleh dipertimbangkan manakala rayuan lain seperti mahu mengikut suami, baru berkahwin dan sebagainya tidak akan lagi dilayan. Kita sedia korbankan seorang guru daripada kita melihat pelajar-pelajar kita terus tercicir kerana tidak mendapat tahap pendidikan yang baik,’’ katanya.
Menurut beliau, kerajaan sebenarnya amat prihatin dengan nasib guru yang mengajar di kawasan pedalaman dan atas dasar itu Kementerian Pelajaran meluluskan elaun antara RM500 dan RM1,500 sebagai insentif kepada pendidik yang mengajar di pedalaman.
Pemberian elaun itu, katanya, diharap dapat menaikkan semangat mereka untuk terus memberikan sumbangan kepada kemajuan anak bangsa.
Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Razali Che Mamat (BN-Kuala Krai) di Dewan Rakyat hari ini, Noh berkata, terdapat masih banyak kuarters guru yang kosong di pedalaman kerana guru-guru lebih gemar menyewa rumah.
‘‘Gejala itu berlaku kerana setakat ini hanya pengetua diwajibkan duduk di kuarters.
‘‘Pengetua, sama ada mereka tinggal di kuarters atau tidak, elaun perumahan mereka tetap dipotong, jadi mereka tiada pilihan melainkan mesti menduduki kuarters,” jelasnya.
Laporan
Katanya, satu laporan mengenai kedudukan kuarters guru yang kosong telah pun dibawa ke peringkat kementerian bagi membolehkan satu dasar yang jelas diperkenalkan.
Menjawab soalan asal Mohd. Razali, Noh berkata, kerajaan akan meneruskan dasar yang menetapkan guru baru mesti berkhidmat di luar bandar kerana ia didapati berkesan mengatasi masalah kekurangan guru di kawasan itu.
Katanya, masalah kekurangan guru di pedalaman Sabah dan Sarawak pula dijangka selesai dengan pembukaan Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau, Sabah dan IPG Miri, Sarawak mulai Julai ini.
‘‘Guru-guru pelatih dari dua IPG ini tiada pilihan kerana mereka mesti mengajar di kedua-dua negeri itu termasuk di kawasan pedalaman,” ujarnya.