BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PERFUME vs SOLAT.....

Dalam hal ni, aku pernah dgr khutbah jumaat ckp.. Fatwa skrg dah menghalalkan penggunaan perfume yg ade alkohol ni, majlis fatwa kembali bersidang selepas mendapati, alkohol yg digunakan utk membuat perfume bknla drpd seperti minuman alkohol.. Skrg aku dah yakin dgn penggunaan perfume yg beralkohol..
 
Dalam hal ni, aku pernah dgr khutbah jumaat ckp.. Fatwa skrg dah menghalalkan penggunaan perfume yg ade alkohol ni, majlis fatwa kembali bersidang selepas mendapati, alkohol yg digunakan utk membuat perfume bknla drpd seperti minuman alkohol.. Skrg aku dah yakin dgn penggunaan perfume yg beralkohol..

kalo cm tue, x perlu diwas-waskan penggunaan perfume.....

:)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
ni hukum pakai minyak wangi beralkohol..aku copy paste je..Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

"Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('rijs') dari hasil kerja Syaitan " (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

"Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas : "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya "

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut "Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukkan apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis"

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU b.a.b.i DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal b.a.b.i dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.
 
Salam.. pada pendapat tmn janganlah beli yg ada akhhol da..... yg penting solat
 
Salam.. pada pendapat tmn janganlah beli yg ada akhhol da..... yg penting solat

ws, terima kasih atas pendapat anak_jatiperak, kdg2 kite x beli tp pemberian org laen kpd kita....x kan kiter nk buat perhiasan, sbb tue wujudnye thread nie.....

:)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
bole je pakai perfume masa solat, jgn korang sembur perfume kat pak imam masa dia solat dah ler
 
pak imam pakai minyak atar... bau lg kuat :D
 
pemakaian alcoholic perfume masa solat dibolehkan sebab tak memabukkan
majority alcoholic perfume nie pakai denatured alcohol

sy tak nampak sebab apa pemakaiannya bule efek solat kita
hatta dirumah ataupon dijalanan

just my 2 cents

betul..arwah ustaz aku penah bgtaw perkara nih..dan dia penah ckp alkohol yg diharamkan adalah yang dibuat arak...
dan aku pn klu kuar umah pakai perfume beralkohol..bila masuk waktu aku semayang je..

p/s-mohon betulkan klu salah..:D
 
Back
Top
Log in Register