BTC USD 84,614.4 Gold USD 4,176.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

******** Performance Discussion

Status
Not open for further replies.
siapa boleh tolong beritahu perlu adjust apa2 setting kalau pakai kat liteforex broker?
 
Saya sudah melihat MQ4 yang saudara katakan. Biar saya ulangi lagi. ADAKAH KITA PASTI EX4 YANG 'COMPILE' ADALAH DARI MQ4 YANG SAMA? (maaf jika guna huruf besar).

Saudara bercakap seperti saudara HEBAT 'IT' (saya boleh belajar dari anda). Tapi kesilapan nyata adalah orang 'IT' tidak akan bercakap tentang virus dan 'firewall' dalam satu konteks. Tiada pun dakwaan saya mengatakan EX4 boleh jadi virus (cuma trojan). Adakah semestinya TROJAN akan membuka 'local port' komputer kita? Tidak pun saya sebut. Virus dan trojan adalah 2 entiti yang berbeza dari segi fungsi dan akibat.

Apa yang saya dapati tentang EA (apa-apa EA sekali pun)
- Berkebolehan membuka apa-apa fail pada komputer http://docs.mql4.com/files/FileOpen
- Berkebolehan mendapatkan maklumat akaun http://docs.mql4.com/account
- Boleh manipulasi fungsi email dan FTP http://docs.mql4.com/common

Jadi, jika anda mempunyai niat yang tidak baik, semestinya anda mempunyai cara yang boleh digunakan.

Maaf jika selama ini apa yang saya nyatakan tidak benar. Adalah menjadi tanggungjawab warga CG membetulkan apa yang tidak betul dan saya terima jika terdapat keritikan membina. Apa yang saya ketahui adalah apa yang saya pelajari.

Sedikit fakta tentang firewall/antivirus
- tiada antivirus boleh menapis virus 100%
- terdapat keygen/crack yang mengandungi virus tidak dapat dikesan oleh antivirus ternama
- antivirus tidak akan mengesan trojan dalam EA melainkan ianya sudah sampai ke tahap yang mana boleh menguntungkan pembuat antivirus itu sendiri. Contohnya, tidak banyak software antivirus untuk telefon bimbit. Kenapa? walaupun kita tahu telefon bimbit boleh dijangkiti virus. Saudara fikirkan sendiri.
- firewall tidak digunakan untuk menapis virus tetapi menutup 'port' yang tidak disahkan (tidak diberi kepercayaan). Bagaimana dengan 'port' 25 (email smtp), 21 (ftp), 80(web/http) yang mana kita selalunya beri kebenaran? Dalam hal ini, EA (kononnya ada trojan) sudah berada didalam 'PC' kita?

Buat masa ini, keperluan untuk menghasilkan EA jahat belum sampai ke tahap kritikal. Namun tidak mustahil ianya sudah pun bermula. Hanya berbekalkan maklumat yang saya sebutkan, ianya tidak mustahil berlaku.

Maafkan saya jika terpaksa memenuhi ruangan ini hanya untuk membuat penjelasan. Harap penjelasan yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh yang ingin menerima penjelasan saya.

Niat saya, biarlah kita lebih berhati-hati dan fikirkan tentang penjelasan saya dari segi LOGIKNYA.

Nampaknya saya bukan hebat IT tetapi saya tidak tahu apa yang awak khuatir sangat. Anda sudah tahu dan lihat code mq4 untuk fapturbo36c.mq4
FileOpen() Takda
SendMail() Takda

Google search MQL/EX4/MQ4 Virus.... cuba dan lihat.
Kalau ex4 boleh buat virus takkan tiada orang tahu??

Cuba mengelirukan mereka yang tidak tahu IT?
Sorry ye.. saya tak tahu IT sangat la.. :D :D :D Selamat berdemo dengan sabun anda... :)cgrock
 
dah dah.. dua2 hebat IT... ni aku tanya tak jawab lagi... saper penah set true untuk trading hari jumaat? apa citer.. profit ke lose? :)cgrock
 
hi semua, saya cuba backtest fapturbo36c ea tapi kenapa tak jadi?

salah setting ke? pls help..

probnx8.jpg



btw... LUIGI r u there? have you test this ea, why mine doesnt work? i try to backtest but something is wrong pls guide me.

thanks
 
Last edited:
Nampaknya saya bukan hebat IT tetapi saya tidak tahu apa yang awak khuatir sangat. Anda sudah tahu dan lihat code mq4 untuk fapturbo36c.mq4
FileOpen() Takda
SendMail() Takda

Google search MQL/EX4/MQ4 Virus.... cuba dan lihat.
Kalau ex4 boleh buat virus takkan tiada orang tahu??

Cuba mengelirukan mereka yang tidak tahu IT?
Sorry ye.. saya tak tahu IT sangat la.. :D :D :D Selamat berdemo dengan sabun anda... :)cgrock

Tuan,
Saya mempunyai masalah menjelaskan kepada Tuan ~X(. Sudah saya katakan, 'open code' tiada masalah. Tapi adakah kita yakin EX4 yang kita dapat 'dicompile' dengan 'open code' yang sama? ~X(

Jika pun 'google search' tidak memberikan apa-apa info, tidak bolehkan Tuan menerima pendapat yang fail EX4 boleh dijadikan trojan?~X( . Jika sebelum ni tiada siapa yang tahu EA boleh disalah guna, sekarang ini saya dah beritahu. Terpulang kepada sesiapa yang ingin percaya. Gunakanlah kebijaksanaan dan kewarasan.

Mereka yang BUTA I.T. yang akan keliru (maaf). Dengan itu, saya disini tolong memberikan penjelasan. Mentaliti (sikap tak kisah) yang macam ni sukar diubat.

Berkali-kali saya katakan, berhati-hati ketika menggunakan EA. Itu sahaja. Seharusnya, lebih kita berumur, maka sepatutnya kita lebih bersikap rasional bukan sebaliknya.

Terima kasih, diharap saudara juga boleh memjalankan DEMO/LIVE atau apa sahaja maklumat yang kita boleh kongsi bersama.

P.S. Saya akan 'compile' semula 'open code' walaupun EX4 dari 'open code' yang sama. Biarlah digelar 'paranoid' tetapi 'better worry than sorry' :D
 
dah dah.. dua2 hebat IT... ni aku tanya tak jawab lagi... saper penah set true untuk trading hari jumaat? apa citer.. profit ke lose? :)cgrock

Tak pernah sebab tidak digalakkan. 'Friday market unpredictable'. Kalau nak sama-sama 'test', tunggu la next week.:D
 
hi semua, saya cuba backtest fapturbo36c ea tapi kenapa tak jadi?

salah setting ke? pls help..

probnx8.jpg



btw... LUIGI r u there? have you test this ea, why mine doesnt work? i try to backtest but something is wrong pls guide me.

thanks

Cuba dapatkan MQ4 untuk FABTURBO36C dan compile semula.
Patikan MetaTrader anda versi terbaharu Build 220.
 
Status
Not open for further replies.

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12404
USD / JPY
158.129
GBP / USD
1.31940
USD / CHF
0.83072
USD / CAD
1.42257
EUR / JPY
177.744
AUD / USD
0.69302
Back
Top
Log in Register