Sudahkah anda melihat code fapturbo36c.mq4? Nampak tak trojan tu? Sekiranya ex4 yang canggih menjadikan trojan membuka pintu port menghantar maklumat sulit, tidakkah kita ketahui? Antivirus tidak dapat tangkap? Spyware tidak dapat tangkap? Firewall tidak dapat tangkap?? Nak buat virus melalui ex4 bukan senang lagi... Tapi file exe seperti Neuronet tu memang ada yang taruk virus. Juga decompile 2.18. Itu lagi bahaya.
Saya sudah melihat MQ4 yang saudara katakan. Biar saya ulangi lagi. ADAKAH KITA PASTI EX4 YANG 'COMPILE' ADALAH DARI MQ4 YANG SAMA? (maaf jika guna huruf besar).
Saudara bercakap seperti saudara HEBAT 'IT' (saya boleh belajar dari anda). Tapi kesilapan nyata adalah orang 'IT' tidak akan bercakap tentang virus dan 'firewall' dalam satu konteks. Tiada pun dakwaan saya mengatakan EX4 boleh jadi virus (cuma trojan). Adakah semestinya TROJAN akan membuka 'local port' komputer kita? Tidak pun saya sebut. Virus dan trojan adalah 2 entiti yang berbeza dari segi fungsi dan akibat.
Apa yang saya dapati tentang EA (apa-apa EA sekali pun)
- Berkebolehan membuka apa-apa fail pada komputer
http://docs.mql4.com/files/FileOpen
- Berkebolehan mendapatkan maklumat akaun
http://docs.mql4.com/account
- Boleh manipulasi fungsi email dan FTP
http://docs.mql4.com/common
Jadi, jika anda mempunyai niat yang tidak baik, semestinya anda mempunyai cara yang boleh digunakan.
Maaf jika selama ini apa yang saya nyatakan tidak benar. Adalah menjadi tanggungjawab warga CG membetulkan apa yang tidak betul dan saya terima jika terdapat keritikan membina. Apa yang saya ketahui adalah apa yang saya pelajari.
Sedikit fakta tentang firewall/antivirus
- tiada antivirus boleh menapis virus 100%
- terdapat keygen/crack yang mengandungi virus tidak dapat dikesan oleh antivirus ternama
- antivirus tidak akan mengesan trojan dalam EA melainkan ianya sudah sampai ke tahap yang mana boleh menguntungkan pembuat antivirus itu sendiri. Contohnya, tidak banyak software antivirus untuk telefon bimbit. Kenapa? walaupun kita tahu telefon bimbit boleh dijangkiti virus. Saudara fikirkan sendiri.
- firewall tidak digunakan untuk menapis virus tetapi menutup 'port' yang tidak disahkan (tidak diberi kepercayaan). Bagaimana dengan 'port' 25 (email smtp), 21 (ftp), 80(web/http) yang mana kita selalunya beri kebenaran? Dalam hal ini, EA (kononnya ada trojan) sudah berada didalam 'PC' kita?
Buat masa ini, keperluan untuk menghasilkan EA jahat belum sampai ke tahap kritikal. Namun tidak mustahil ianya sudah pun bermula. Hanya berbekalkan maklumat yang saya sebutkan, ianya tidak mustahil berlaku.
Maafkan saya jika terpaksa memenuhi ruangan ini hanya untuk membuat penjelasan. Harap penjelasan yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh yang ingin menerima penjelasan saya.
Niat saya, biarlah kita lebih berhati-hati dan fikirkan tentang penjelasan saya dari segi LOGIKNYA.