BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perempuan waris diraja Britain

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
article-1336815390977-130C739F000005DC-894844_466x819.jpg


Putera William dan Kate Middleton tiba di majlis Gala Olimpik Britain di Royal Albert Hall in London, kelmarin. - AFP


LONDON 12 Mei - Anak pertama pasangan Putera William dan isterinya, Kate Middleton, tetap akan ditabalkan sebagai pewaris takhta United Kingdom walaupun seorang perempuan.

Perkara itu diumumkan Ratu Elizabeth II dalam ucapannya semasa merasmikan pembukaan Parlimen negara ini, Rabu lalu.

Menurut Daily Mail, baginda telah menitahkan bahawa satu rang undang-undang baru akan dibentangkan sekali gus membatalkan undang-undang sebelum ini yang disifatkan diskriminasi kerana hanya anak lelaki mewarisi takhta kerajaan United Kingdom.

Ia sekali gus akan mengubah amalan yang telah diguna pakai selama 300 tahun, bermula 1688 yang lebih mengutamakan anak lelaki sebagai pewaris takhta walaupun keluarga diraja itu mempunyai anak perempuan sulung.

Sekiranya diperkenalkan, anak pertama Putera William bersama Middleton walaupun perempuan, tetap akan ditabalkan sebagai Ratu United Kingdom.

Rancangan itu telah dimulakan sejak Oktober 2011 apabila pemimpin-pemimpin 16 negara Komanwel sebulat suara bersetuju menyegerakan pindaan ke atas undang-undang yang disifatkan telah lapuk. -AGENSI
 
Boleh je nak pinda undang2 tersebut...
Maknanya kat negara kita pun tak ada masalah nak ubah mana2 undang2 yg wajar diubah / dipinda.....
 
Boleh je nak pinda undang2 tersebut...
Maknanya kat negara kita pun tak ada masalah nak ubah mana2 undang2 yg wajar diubah / dipinda.....

Setuju dgn tokmat...:D
 
Boleh je nak pinda undang2 tersebut...
Maknanya kat negara kita pun tak ada masalah nak ubah mana2 undang2 yg wajar diubah / dipinda.....

banyak dah undang2kat negara kita telah dipinda..contohnya akta pelajaran 1958(pindaan 1996)..:p
 
Boleh je nak pinda undang2 tersebut...
Maknanya kat negara kita pun tak ada masalah nak ubah mana2 undang2 yg wajar diubah / dipinda.....

selagi kerajaan tak tukar, takdenye diorang nak ubah..
 
Nama pun kerajaan..Mmg bleh pinda sesuka hati la..
 
kurusnya bini dia.....biasanya org lps kawen nampak tembam sikit......sbb zahir kenyang batin pon sihat...he3x
 
Back
Top
Log in Register