BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perceraian dan prosedur

Kena tanya orang Syiah
Orang Syiah paling expert hal2 mutaah

bro ni bukan mutaah(kawin kontrak) pahaman syiah.

mutaah ni kira saguhati dr bekas suami kpd bekas isteri apart from nafkah edah yg wajib isteri dapat.
 
Tadi ada mamat tu kata mutaah tu bayar kat iateri kalau bpbercerai tanpa sebab.

Tapi kalau takde sebab,kenapa nak bercerai.

bro ni bukan mutaah(kawin kontrak) pahaman syiah.

mutaah ni kira saguhati dr bekas suami kpd bekas isteri apart from nafkah edah yg wajib isteri dapat.

Lebih baik rujuk pada ust yg bertauliah

Aku tak berani cakap soal hukum hakam kat section ni
 
Lebih baik rujuk pada ust yg bertauliah

Aku tak berani cakap soal hukum hakam kat section ni

benda ni aku blajar masa form 4/5 kut.bab munakahat.xkn bro dah luper subjek paling syiok tu.:)):)):))
 
mutaah si isteri boleh tuntut klu dia diceraikan tanpa sebab.kira laki balik kerja,belum sempat cium tangan trus laki jatuh talak.dapatla dia tuntut nafkah mutaah.
kalu isteri mintak cerai pasal x sanggup bermadu pun boleh tuntut.mutaah ni kira saguhati la dr pihak bekas suami sbg menghargai jasa2 isteri selama hidup berumahtangga.
tp klu nak isteri kena tuntutla.

oooh okee..

ermm ada rg cakap mutaah ni, suami kene bagi kat exwife sehinggalah dsi exwife tu kawen lain. betul?
 
nak senang masuk la kursus kawin nanti tau la semua menda ni
 
tak..tak..

bukan hukum.
cuma nak tahu definisi dan maksud..

semoga ini dpt membantu, jika msh musykil, hbgi mrk kat alamat di bwh...

Ayuni Ahmad & Associates, (Ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia)
G41, Jalan Putra Perdana 5E,
Taman Putra Perdana,
47130 Puchong, Selangor.

013-2979 771 (9am-5.30pm Isnin hingga Jumaat)

email : mypeguamsyarie[a]gmail.com

Mutaah : Tuntutan Mutaah Ambil Kira Kemampuan Suami

On February 23, 2011, in Artikel Dari PGSM, Bubar Perkahwinan (Cerai), Masalah Rumahtangga, Mutaah, Tuntutan Nafkah Zahir, by Peguam Syarie

Soalan

SAYA baru bercerai dengan suami dan diberitahu bahawa saya boleh menuntut mutaah, selain nafkah edah serta harta sepencarian. Apakah sebenarnya mutaah itu dan berapakah jumlah yang boleh saya tuntut? Bagaimana hakim menilainya kerana bekas suami mengatakan mutaah itu mengikut suka hati beliau hendak beri berapa, sedangkan beliau menceraikan saya selepas berkahwin secara sindiket dengan setiausahanya. Saya tidak bersetuju mendapat sedikit saja bayaran kerana saya kini tidak bekerja dan tiada harta. Dulu saya bekerja sebagai pegawai tadbir di syarikat swasta dengan pendapatan RM5,000 sebulan, tetapi selepas mempunyai tiga anak, suami menyuruh berhenti untuk menjaga anak dan menguruskan rumah tangga. Suami saya seorang kontraktor dan 10 tahun lalu berjaya menjalankan projek perumahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor atas bantuan saya menyediakan kertas kerja serta urusan akaun syarikatnya. Bagaimana saya ingin mendapatkan jumlah bayaran sewajarnya?

Seri,
Shah Alam.

Jawapan

Mutaah berasal daripada bahasa Arab al-mata’ iaitu benda, suatu yang boleh dimanfaatkan dan digunakan seperti makanan serta perkakasan rumah. Dr Wahbah Zuhaili menyatakan, al-mata’ antara lain bermakna sebagai mutaah perempuan yang diceraikan suaminya. Dari segi istilah, pemberian daripada bekas suami kepada isteri yang diceraikan sama ada berupa wang, pakaian atau nafkah untuk menghilangkan perasaan sedih bekas isteri serta menyenangkan hatinya. Ulama Shafie pula mentakrifkan mutaah sebagai harta wajib ke atas lelaki membayar kepada isteri yang diceraikan pada masa hidup sama ada perceraian itu sebelum bersatu dengan suami atau selepasnya.

Dari segi undang-undang, Seksyen 2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003 (EUKIS 2003) menyatakan, mutaah sebagai bayaran sagu hati yang diberi dari segi hukum syarak kepada isteri yang diceraikan. Dalil hukum mutaah ialah firman Allah bermaksud: “Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran (mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.

Walaupun demikian hendaklah kamu memberi mutaah (pemberian sagu hati) kepada mereka yang diceraikan itu, iaitu suami yang senang (hendaklah memberi sagu hati itu) menurut ukuran kemampuannya dan suami yang susah menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian sagu hati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang (yang mahu) berbuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 236)

Seksyen 58 EUUKIS 2003 memperuntukkan, pemberian mutaah yang boleh dituntut oleh pihak isteri diceraikan iaitu “….. Selain daripada haknya untuk memohon nafkah seseorang perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mutaah atau pemberian sagu hati kepada mahkamah….”

Dalam kes Noor Bee lawan Ahmad Sanusi, hakim Harussani Zakaria memutuskan mutaah bukan saja wajib kerana kehilangan kasih, tetapi bertujuan menutup rasa malu dialami isteri, menghindarkan fitnah dan sebagai asas memulakan hidup bersendirian. Seorang isteri dicerai akan berasa malu dan mungkin menerima prasangka buruk masyarakat sekeliling. Untuk menghilangkan prasangka buruk bahawa seorang itu diceraikan bukanlah kerana keaiban yang ada pada dirinya, maka mutaah diwajibkan ke atas suami.

Berdasarkan dalil dan peruntukan undang-undang, puan sememangnya layak dan boleh menuntut mut’ah tersebut. Berkaitan kadar mut’ah, sekiranya suami isteri bertikai mengenai kadar jumlah bayaran mut`ah, maka mahkamah boleh menentukan kadar mut’ah berdasarkan kesesuaian kedudukan atau taraf suami isteri.

Ia berdasarkan nas al-Quran dalam surah Al-Baqarah: 236 bermaksud :”Walaupun demikian hendaklah kamu memberi mut`ah (pemberian saguhati) kepada mereka yang diceraikan itu. Iaitu suami yang senang (hendaklah memberi saguhati) itu berdasar ukuran kemampuannya dan suami yang susah pula menurut kemampuannya”.

Seksyen 58 EUKIS 2003 menyatakan jumlah penentuan jumlah mutaah setakat wajar dan patut mengikut hukum syarak dengan mengambil kira kemampuan suami, sebab perceraian dan berdasarkan kesesuaian dengan kedudukan atau taraf suami dan isteri berkenaan. Puan dinasihatkan membuktikan di mahkamah berkaitan khidmat dan sumbangan dalam meningkatkan kerjaya suami hingga menjadi kontraktor berjaya.

Antara lain, perlu disenaraikan profil syarikat suami dan kertas kerja dibantu puan dalam memperoleh projek. Dapatkan juga carian syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi menunjukkan kemampuan suami serta senarai harta sebelum dan selepas puan membantu syarikatnya serta memanggil juruaudit atau setiausaha syarikat suami ke mahkamah untuk membuktikan kemampuan suami.

Puan dinasihatkan membuktikan segala pengorbanan seperti suami menyuruh berhenti kerja kerana menjaga anak hingga rumah tangga teratur, anak berjaya dalam pelajaran, kesedihan dan penderitaan akibat tindakan suami berkahwin lain dan menceraikan puan. Kes diputuskan di mahkamah mengambil kira semua perkara berkenaan dalam menilai kadar mutaah diberikan.

Kes Noor Bee lawan Ahmad Sanusi menyatakan dasar kadar mutaah adalah keredaan kedua belah pihak memberi dan menerima jumlah mutaah. Jika tiada persetujuan, ia akan ditentukan hakim mengikut hukum syarak berdasarkan status suami sama ada kaya atau miskin melihat kepada pekerjaan dan pendapatannya.

Sifat isteri iaitu perwatakan isteri, kedudukan, status dan keluarga isteri dalam masyarakat, sumbangan isteri dan sebab perceraian berlaku bukan berpunca daripada aib, nusyuz atau kehendak isteri. Kes Serimah Abd Rahim lawan Muhammad Halimi Marzuki, mahkamah memerintahkan bayaran mutaah RM25,000 atas dasar isteri patah hati dan menanggung penderitaan kerana rumah tangga dibina atas dasar cinta mencintai, dikurniakan rezeki murah dan kedudukan baik hancur berkecai kerana suami tidak jujur.

Berdasarkan keputusan kes di atas, puan boleh menjadikan semuanya sebagai analogi untuk mendapatkan kadar mutaah sewajarnya bersesuaian dengan kemampuan suami serta sumbangan puan dalam kerjaya suami, rumah tangga dan anak. Bagi memudahkan proses tuntutan, puan dinasihatkan mendapatkan khidmat peguam syarie dan semoga puan tabah dalam menuntut hak.

Jawapan disediakan Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)
 
Last edited:
oooh okee..

ermm ada rg cakap mutaah ni, suami kene bagi kat exwife sehinggalah dsi exwife tu kawen lain. betul?

mutaah ni boleh dibayar dgn dua cara.

secara lumpsum atau secara ansuran.

contoh:mahkamah menetapkan si suami atas kemampuan kewangan dia membayar 10k sbg mutaah.tp suami mintak nak bayar ansur RM50 sbulan.ats psetujuan isteri,mahkamah membenarkan suami td bayar secara ansuran.

aku bukan peguam syarie
 
mutaah ni boleh dibayar dgn dua cara.

secara lumpsum atau secara ansuran.

contoh:mahkamah menetapkan si suami atas kemampuan kewangan dia membayar 10k sbg mutaah.tp suami mintak nak bayar ansur RM50 sbulan.ats psetujuan isteri,mahkamah membenarkan suami td bayar secara ansuran.

aku bukan peguam syarie

Nak tanya beb,
Katakanlah suami failkan cerai.. masa tu isteri setuju utk bercerai.
Tup tup masa kat mahkamah nak lafazkan cerai, si isteri taknak plak bercerai.
So prosesnya mcmne?
Kene sesi kaunseling jugak ke?
Ataupun still boleh proceed?
 
Back
Top
Log in Register