BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbincangan "MLM sebagai satu alternatif menjana income sampingan."

hazmirul@perodua

Freshie
Messages
27
Joined
Nov 20, 2013
Messages
27
Reaction score
0
Points
3
Assalamualaikum dan salam hormat buat warga CG sekalian.

[Perbincangan Mengenai MLM (Multi-level Marketing) dan teknik untuk menjana pendapatan dari bisnes MLM.]

Apa itu MLM(Multi-level Marketing), fundamentals dan definisi sebenar bagi MLM??
Bagaimana seseorang seperti Robert Kiyosaki memperakui MLM sebagai satu cabang marketing yang sangat hebat?
Mengapa MLM menjadi sesuatu yang sangat jijik dimata kebanyakan rakyat Malaysia dan bagaimana perkara ini boleh terjadi??
Saya akan rangkumkan kesemua persoalan ini di dalam penulisan thread berikut.


Sebelum itu, biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Mohd Hazmirul Bin Mazhar, dari Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Merupakan seorang graduan dari Universiti Malaysia Perlis, mempunyai background dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Selepas bergraduasi, saya menyertai Perodua Sales Sdn Bhd sebagai seorang Sales Advisor, dengan tujuan untuk mendalami ilmu2 perniagaan dan organisasi termasuk prinsip2 asas dalam selok belok perniagaan terutamanya dalan sektor jualan dan pemasaran atau sales and marketing. Saya juga kini telah mula menceburkan diri dalam perniagaan MLM atau multi-level marketing secara separuh masa (part-time) dengan menyertai company Hai-O Marketing. Berikut merupakan sedikit pendapat dari saya mengenai MLM. Segala yang tertulis disini merupakan pendapat saya semata-mata dan bertujuan untuk berkongsi segala informasi mengenai MLM dan mendapatkan maklum balas dari warga CG untuk bersama-sama membincangkan dengan lebih lanjut mengenai MLM.

Definisi asas bagi MLM ialah pemasaran secara berperingkat atau dalam erti kata lain, pemasaran jaringan atau network marketing. Konsep asas bagi MLM ialah berasal dari konsep word of mouth atau pemasaran mulut ke mulut. Pemasaran dalam bentuk word of mouth ini sangat berkesan dan sangat efektif kerana kecenderungan masyarakat untuk mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut individu berbanding iklan2 tv, akhbar dan sebagainya. Ini di tambah lagi dengan kebiasaan teknik2 pemasaran lain yang tidak straight forward atau mempunyai asas2 marketing yang berselindung di sebalik symbol (*) dan frasa ‘Terms and Condition Apply’. Pemasaran secara word of mouth ini digunapakai oleh company2 MLM untuk memasarkan produk2 mereka dengan cara memberi nilai atau upah dalam bentuk komisen dan bonus kepada si penyampai atau word of mouth marketer ini. Pemasaran secara MLM mula berkembang dan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan format yang lebih kompleks lagi.

Kita boleh lihat disini yang konsep sebenar MLM hanyalah memberi sebahagian dari keuntungan jualan produk kepada ahli2 mereka yang berjaya memasarkan produk mereka lalu mereka diberi imbuhan dalam bentuk wang ringgit. Cuma ianya didalam format atau bentuk jaringan hubungan atau network. Dimana setiap ahli didalam sebuah kumpulan akan sentiasa bekerjasama menambah ahli baharu dan seterusnya mengembangkan lagi pemasaran produk dengan potensi liputan pasaran yang lebih luas. Syarikat dan pengedar akan mendapat keuntungan dari jualan produk mereka.

Perlu diingat, yang menjamin kestabilan dan keutuhan syarikat dalam masa panjang ialah hasil jualan produk mereka bukan plan2 buat duit yang sering dicanangkan. Kesilapan masyarakat kita pada hari ini yang menceburi bidang MLM ialah dengan lebih meletakkan income atau bonus2 sebagai fokus utama dgn tidak menghiraukan potensi sesuatu produk. Mereka ini lebih memandang wang ringgit berbanding kualiti produk yang dijual.
Perkara ini yang menjadi virus didalam bidang pemasaran MLM dan ramai diantara MLM’er yang mengambil peluang ini untuk mengaut keuntungan yang berlipat ganda dengan cara mengaburi mata bakal2 pengedar dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Mereka ini(bakal pengedar) percaya dengan menyertai sesebuah company MLM akan mendapat keuntungan dalam masa singkat dan mudah tanpa menghiraukan produk yang bakal dijual. Setelah menyertai, kebanyakan mereka tidak berjaya menjual produk yang telah mereka laburkan dan mula menyalahkan company kerana tidak mendapat pulangan seperti dijanjikan.
Dua jenis utama syarikat MLM ialah yang berteraskan produk yang berkualiti dan seterusnya ialah syarikat yang berteraskan system marketing semata-mata. Syarikat2 MLM yang berteraskan produk yang berkualiti ialah seperti Avon, Amway, Hai- O Marketing, CNI, Elken dan sebagainya. Manakala yang berteraskan system marketing(plan buat duit) ialah seperti program Infinity Downline, dan lain-lain company yang mengamalkan konsep binary atau pairing. Saya melihat company2 seperti Amway, Avon, CNI boleh bertahan setelah sekian lama kerana ketelusan system mereka. Saya secara peribadi tidak menggalakkan anda menyertai skim2 syarikat yang berteraskan system pairing kerana saya tidak dapat lihat ketelusan format pemasaran tersebut. Ini kerana kebanyakan company2 ini(system pairing) membayar imbuhan berdasarkan jumlah ahli yang anda bawa masuk dan bukannya hasil jualan produk. Ini yang dinamakan upline makan duit downline. Sebahagian dari pelaburan dari donwline akan diserahkan kepada upline. Fokus pemasaran jenis ini lebih kepada individu dan bukan produk mereka sendiri.

Saya berikan gambaran asas konsep MLM yang sebenar. Company yang mengamalkan perniagaan MLM sebenar kebiasaannya tidak memerlukan modal yang tinggi.

Contoh,

Hai-O Marketing memerlukan anda untuk membayar cuma RM50.00 untuk menjadi ahli seterusnya melayakkan anda menjadi pengedar produk2 mereka dengan kelebihan harga ahli yang lebih murah dari harga pasaran. Di sini, RM50.00 digunakan sebagai registration fees dan anda akan dibekalkan sales kit dan member card. Itu sahaja. Langkah seterusnya ialah anda perlu menjual produk2 berkualiti yang dikeluarkan oleh Hai-O Marketing dan mendapat keuntungan runcit hasil dari jualan anda. Di samping itu, anda mampu untuk menjana pelbagai bentuk imbuhan atau bonus lain dengan mendaftarkan ahli-ahli baru dimana setiap ahli2 baru yang menyertai anda akan ditempatkan di bawah satu jaringan network yang sama dan anda akan menikmati sebahagian dari keuntungan hasil jualan mereka (dalam peratusan yang lebih kecil).

Ehh?? tapi saya pernah didekati oleh seorang pengedar Hai-O yang menyatakan untuk menjadi ahli saya perlu bayar sebanyak RM20k taw??

Disinilah kesilapan seorang pengedar atau penggiat MLM. Kebanyakan(bukan semua) tidak menerangkan secara terperinci mengenai plan dan strategi mereka yang sebenar.
Plan 20k, 5k, 2k dan sbagainya merupakan satu bentuk strategi yang digunapakai oleh MLM’er untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan dalam masa yang lebih singkat.
Plan ini menggunakan teknik bulk purchase atau bulk selling. Di mana bakal pengedar perlu membayar sejumlah wang yang lebih tinggi dari nilai bayaran ahli untuk membeli produk2 keluaran syarikat dengan jumlah unit yang lebih banyak. Ini akan memberi lebih banyak untung atau bonus dari syarikat kerana anda telah berjaya menjual sejumlah besar dari produk maka komisen anda lebih tinggi dengan hanya seorang pembeli(bakal pengedar). Bakal pengedar ini pula akan disuruh melakukan carbon copy dan duplicate teknik yang sama untuk menjual produk pada value yang sama kepada bakal pengedar yang lain.
Konsep ini bukanlah satu bentuk penipuan sebenarnya. Jika diberikan segala informasi dengan terperinci saya yakin bakal pengedar akan faham dan akan lebih yakin. Apa yang bakal pengedar perlukan ialah cara dan teknik untuk mereka jual produk yang telah mereka beli secara bulk purchase ini. Ini yang perlu dititik beratkan oleh setiap upline demi menjamin keberjayaan downline mereka untuk menjual setiap unit produk yang telah mereka beli secara bulk purchase ini. Upline perlu memberi tunjuk ajar dan membantu downline mereka untuk menjual setiap unit produk yang telah mereka laburkan. Ini merupakan konsep MLM yang sebenar, bekerjasama dalam melakukan jualan produk dan ini merupakan sesuatu yang sukar dilakukan sekiranya ada sikap tamak dan hasad dengki dalam kalangan network yang hanya mementingkan keuntungan diri sendiri semata-mata.
Saya juga ingin menceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya sebagai seorang penjual kereta di Perodua. Untuk saya memenuhi quota target jualan setiap bulan secara sendirian amatlah sukar. Justeru itu saya juga menggunakan konsep network marketing dimana saya akan berkongsi sebahagian dari keuntungan atau komisen jualan saya kepada rakan2 network yang memberi pelanggan pada saya. Konsep yang sama tapi dlm bentuk yang lain. Secara tak langsung ianya merupakan win-win situation bagi saya,company(Perodua), rakan network(broker) dan pelanggan. Saya dapat achieve target dan sedikit keuntungan hasil jualan, company berjaya menjual produk mereka dan mendapat keuntungan, rakan network pun dapat income hasil mereka memperkenalkan pelanggan pada saya(sebahagian dari komisen saya akan diberi pada rakan network),dan pelanggan akan mendapat kereta pembelian mereka.

Lebih kurang sama bukan?? Sebenarnya semua ini adalah teknik pemasaran yang bertujuan untuk mencapai objektif anda iaitu jualan. Yang penting disini anda tahu dan faham apa yang anda lakukan.



Saya nak kongsikan Sedikit tips untuk membantu anda.

1. Fokus kepada kelebihan produk. Kebanyakan produk MLM adalah produk yang berkualiti jadi lebihkan memasar kelebihan produk yang anda jual bukan system keuntungan semata-mata.
2. Pilih satu produk yang paling kukuh yang anda rasa anda boleh jual dan sebaiknya produk yang dipilih adalah produk yang berpotensi untuk mendapatkan repeat sales dan bukan produk one-off. Sebagai contoh,produk kesihatan seperti supplement. Pelanggan yang berpuas hati pasti akan sentiasa membeli dengan anda.
3. Sentiasa membantu rakan niaga anda untuk menjual produk mereka. Anda harus ingat kejayaan anda bergantung kepada rakan niaga anda di dalam sesebuah kumpulan. Anda tidak boleh mengabaikan mereka bersusah payah utk menjual produk sendirian. Bantu jualan mereka kerana secara tidak langsung anda ada bahagian di atas setiap jualan mereka.
4. Anda letakkan diri anda sebagai pemilik sebuah perniagaan bukannya pengedar. Anda bayangkan produk yang anda jual itu adalah produk anda sendiri. Pasti anda akan lebih bermotivasi utk menjual produk anda itu.
5. Ingat, pasaran tidak akan tepu sekiranya anda pilih produk yang tepat. Company juga akan sentiasa menmbah baik produk atau memperkenalkan produk baru yang lebih berkualiti sekiranya produk sedia ada semakin kurang permintaan.
6. Sentiasa memberikan servis yang paling baik untuk setiap rakan niaga dan pelanggan anda. Sell yourself.
7. Bentukkan kumpulan network yang paling rapat dengan anda(kawan-kawan atau saudara-mara) untuk memudahkan anda bekerjasama sebagai satu pasukan.
8. JUJUR.
Kalau diikutkan masih banyak perkara yang boleh dibincangkan mengenai MLM dan network marketing ini. Tapi cukup buat masa ini. Sebarang pendapat atau persoalan anda boleh ajukan disini dan saya akan cuba menjawab. Perlu diingat saya bukan lah penyokong tegar MLM dan saya tahu pastinya ada beberapa kelemahan dalam system marketing secara MLM ini dan itulah tujuan sbenar saya membuka thread ini untuk sama2 berbincang dan bersoal jawab untuk lebih memahami konsep pemasaran MLM atau siapa tahu jika satu masa akan terbit dari sini satu teknik pemasaran yang lebih sempurna berbanding MLM?? Atau peluang2 lain yang boleh diceburi untuk sama2 berkongsi rezeki di bumi Allah S.W.T ini??


*segala informasi terkandung di dalam thread ini adalah pendapat penulis.

Mohd Hazmirul Bin Mazhar
013-7781689 (Call/SMS/What’s App)
[email protected]
 
Last edited:
orang MLM mmg suke tulis font size besar2 ke.. ataupon kene consume produk MLM baru boleh nampak tulisan tu mengecil..
 
takde masalah rasanya dengan MLM, asalkan cmpny yg kukuh dan telus, saya kekal bersama shaklee... :D
 
MLM..untung pengasas MLM mcam romzie,al jabbar bla bla bla..boleh pakai ferrari..yg downline tu pula kena perah otak juai barang depa....yer la..downline kan nak upacara yg grand,masuk hotel,p melancong setahun sekali..walhal pengasas dok goyang teloq..setakat nak melancong sebulan 30 hari ke 30 negara no halnya sebab downline ni berhabis tenaga,wang ringgit promote barang pengasas.. :)):))

daripada naikkan barang pengasas MLM,lebih baik naikkan produk sendiri..at least produk sendiri boleh di warisi pada kaum kerabat...
:)cgrock:)cgrock
 
maafla...skrin komputer aku nih kecik jerk...yg nmpk tt beri salam jerk..
 
MLM..untung pengasas MLM mcam romzie,al jabbar bla bla bla..boleh pakai ferrari..yg downline tu pula kena perah otak juai barang depa....yer la..downline kan nak upacara yg grand,masuk hotel,p melancong setahun sekali..walhal pengasas dok goyang teloq..setakat nak melancong sebulan 30 hari ke 30 negara no halnya sebab downline ni berhabis tenaga,wang ringgit promote barang pengasas.. :)):))

daripada naikkan barang pengasas MLM,lebih baik naikkan produk sendiri..at least produk sendiri boleh di warisi pada kaum kerabat...
:)cgrock:)cgrock

hehe..tak semua ada kelebihan untuk membangunkan produk sendiri..dan susah nak develop produk sendiri yang belum tahu kebolehpasaran produk tu..cara mudah join mana2 MLM yang kukuh..carik satu produk yang betul2 terbukti power..jual produk dorang macam jual produk sendiri..
 
MLM..untung pengasas MLM mcam romzie,al jabbar bla bla bla..boleh pakai ferrari..yg downline tu pula kena perah otak juai barang depa....yer la..downline kan nak upacara yg grand,masuk hotel,p melancong setahun sekali..walhal pengasas dok goyang teloq..setakat nak melancong sebulan 30 hari ke 30 negara no halnya sebab downline ni berhabis tenaga,wang ringgit promote barang pengasas.. :)):))

daripada naikkan barang pengasas MLM,lebih baik naikkan produk sendiri..at least produk sendiri boleh di warisi pada kaum kerabat...
:)cgrock:)cgrock

Kemas bro haha
 
Back
Top
Log in Register