BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perayaan Tahun Baharu Cina Disambut Meriah Di Seluruh Negara

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
94ee5c7527233db5157c7f7214fb1f036993fd8b58925

0b83eb975a477346efadcbd97ab39f5b6993fdab8180d

a68f0ab5d791c3a4fdf417b759df16d96993fde6c06d5

6fbd745b2a49eff2e479095fe2d931a46993fe15e2797

69b40f85ff001f2afda7634dd0c7c3d06993fe509d3a5

Pemberian angpau daripada warga emas kepada ahli keluarga sempena sambutan Tahun Baharu Cina ketika tinjauan di Kampung Baru Ayer Jerneh, Kemaman.

Sambutan Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan bagi masyarakat Tionghua, malah turut diraikan rakyat pelbagai kaum sekali gus membuktikan perpaduan kekal menjadi teras utama kekuatan negara.

Daripada penganjuran rumah terbuka hinggalah kepada persembahan tarian singa di seluruh negara, perayaan ini menyatukan masyarakat dalam suasana muhibah, harmoni dan saling menghormati.

Di KUALA LUMPUR, Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan bersama pelbagai kaum menyerlahkan semangat perpaduan rakyat di negara ini.

“Saya hanya datang untuk sama-sama meraikan sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh MCA dan ini bukan sahaja satu kumpulan, tetapi sambutan semua rakyat.

“Saya lihat sambutan itu sangat baik dan menunjukkan perpaduan kita,” kata Perdana Menteri.

Di NEGERI SEMBILAN, lebih 5,000 masyarakat Tionghua terdiri daripada pengunjung tempatan dan luar negeri hadir ke Tokong Si Thian Kong Kuala Pilah seawal 7.30 pagi bagi upacara sembahyang memohon keberkatan serta kesejahteraan sempena Tahun Baharu Cina.

Pengarah Komunikasi Media tokong berkenaan Liaw Zi Xhuan, 29,  berkata pengunjung mula memeriahkan tokong terbesar di negeri ini bermula semalam untuk melihat pelbagai aktiviti disediakan pengurusan tokong selain bersembahyang dan memohon hajat.

"Setiap tahun kita akan menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar negara seperti Singapura, China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun bagi melihat sendiri keistimewaan dan keunikan di tokong ini selain memohon hajat meminta rezeki dan kesihatan yang baik sepanjang tahun," katanya kepada Bernama.

 
Back
Top
Log in Register