BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peras ugut warga China RM2 juta, 12 pegawai, anggota polis ditahan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
413731-413731.jpg


Peras ugut warga China RM2 juta, 12 pegawai, anggota polis ditahan

Kuala Lumpur: Polis menahan seramai 12 pegawai polis pelbagai pangkat selepas dipercayai memeras ugut seorang lelaki warga China sebanyak RM2 juta.

Menurut sumber, mangsa hanya dilepaskan selepas membayar USD140,000 (RM 560,000).

"Dia kemudian tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

"Susulan itu difahamkan seramai 12 orang pegawai dan anggota polis ditahan di mana ada antaranya berpangkat Deputi Superintendan (DSP), Asisten Superintendan (ASP) dan lain-lain pangkat," katanya.

Difahamkan, kumpulan anggota polis terbabit dipercayai memeras ugut mangsa warga China itu dengan menuntut RM2 juta.

"Mangsa bagaimanapun hanya sempat membayar RM560,000 sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

"Polis turut menemui semula sebahagian daripada wang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register