BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perancis dilanda banjir

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
DUoyk7GU0AAib7c.jpg

PARAS air Sungai Seine di Paris meningkat dan menenggelamkan beberapa kawasan menyebabkan kira-kira 1,500 penduduk dipindahkan. - Foto AFP



PARIS: Hampir 1,500 orang dipindahkan dari kediaman mereka di sebuah wilayah, di sini, berikutan kenaikan paras air Sungai Seine.

Ketua Polis Paris, Michel Delpuech, berkata mereka dipindahkan dari kediaman mereka di rantau Ile de France merangkumi ibu kota Perancis dan kawasan sekitarnya.

Sungai Seine dijangka terus meningkat lewat hari ini atau awal esok menghampiri paras sama yang menyebabkan banjir pada 2016, kata pihak berkuasa.

Limpahan air kini menenggelamkan laluan pejalan kaki tepi sungai di Paris, memaksa muzium Louvre menutup ruang pameran Seni Islam yang sedang berlangsung di aras bawah tanah.

Pada 1910, Paris mengalami kemusnahan teruk selepas paras Sungai Seine naik mendadak mencecah sehingga 8.65 meter. Bagaimanapun, tiada kematian dicatatkan di sana. - REUTERS


033e63e86162bab2f74d6767363ee28dde2b80d68c212dcd9e975e86443e0e63.jpg


media:149e16bbc11d40ffb5d4a3d5fb97ce8fAPTOPIX_France_Flooding_69079.jpg


8424cdd08a6d386b8d28a620c417dbe722d60095ece4faa78f86345bf82428eb.jpg


38fa24073db07d59eea24b6fbb7f0a5ba294973535978baf0abe3c55f4232e0d.jpg


flood.jpg


France_Flooding_48549.jpg-cf5ad.jpg


untitled%20design%20(7)-20180124030401-1170x645.jpg




sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2018/01/381835/banjir-landa-perancis






.
 
1,500 penduduk Paris dipindahkan

image.jpg

KAFE LES NAUTES separa tenggelam berikutan air Sungai Seine melimpah dan naik ke paras tertinggi melebihi paras normal di Paris, Perancis, kelmarin. AFP

PARIS 29 Jan. – Kira-kira 1,500 penduduk dipindahkan selepas air Sungai Seine di ibu kota negara ini melimpah mencecah 5.84 meter melebihi paras biasa selain mencetuskan langkah berjaga-jaga terhadap pengguna jalan raya dan penduduk yang tinggal berhampiran.

Menurut polis, lebih 1,500 rumah terputus bekalan elektrik ekoran cuaca buruk manakala pihak pemantau banjir, Vigicrues memaklumkan paras air sungai berkenaan akan kekal sehingga esok.

Perkhidmatan bot sungai yang terkenal di sini, Bateaux Mouches turut terjejas dan hanya perkhidmatan kecemasan dibenarkan untuk menyusuri sungai ber*kenaan.

Muzium Louvre yang menjadi tumpuan pelancong masih ditutup sehingga semalam kecuali galeri seni Musee d’Orsay dan Orangerie manakala bahagian kesenian Islam di muzium itu ditutup sehingga hari ini.

Patung Zouave yang terletak di jambatan Pont d’Alma sejak 1910 turut ditenggelami air lumpur sehingga paras paha.

Pihak polis turut mengeluarkan amaran ‘larangan dan amat bahaya’ terhadap sebarang aktiviti sungai sama ada mandi atau bermain kanu.

Pegawai kaji cuaca berkata, keadaan cuaca dijangka beransur baik minggu depan namun paras air sungai mengambil tempoh yang lama untuk surut termasuk kawasan darat di utara negara ini.

“Kita memerlukan tempoh ber*minggu-minggu untuk memas*tikan keadaan pulih sepenuhnya,” kata Ketua Perkhidmatan Alam Sekitar, Jerome Goellner. – AFP


http://www.utusan.com.my/berita/lua...uduk-paris-dipindahkan-1.599705#ixzz55cTPMS8x
 
Back
Top
Log in Register