BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peralihan kuasa awal bukti Abdullah ikhlas

nuex

Active+ Member
Messages
4,039
Joined
Feb 23, 2008
Messages
4,039
Reaction score
33
Points
30
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Para pemimpin parti termasuk dalam komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan keikhlasan perjuangannya dalam parti selama ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat seharusnya menghormati keputusan Abdullah dan Najib yang menunjukkan persefahaman dalam proses peralihan ini.

Beliau berkata, keputusan terbaru itu jelas menunjukkan kematangan serta kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam memastikan kepentingan parti dan negara sentiasa menjadi keutamaan.

‘‘Tumpuan kini harus diberi kepada usaha mengembalikan kekuatan UMNO bagi meraih semula keyakinan rakyat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan peralihan kuasa yang dipercepatkan daripada 2010 selain menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada Disember ini kepada Mac tahun depan.

Namun, mesyuarat UMNO bahagian yang akan bermula 9 Oktober ini tetap diteruskan.

Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai pula berkata, keputusan Abdullah itu dilihat yang terbaik ketika negara dalam proses peralihan kuasa.

‘‘Perdana Menteri tahu apa yang perlu dibuat sekarang dan keputusan mempercepatkan proses peralihan kuasa adalah yang terbaik untuk negara,” jelasnya.

Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam berkata, keputusan itu membuktikan Abdullah sentiasa jujur dalam usahanya untuk menstabilkan keadaan politik negara.

‘‘Keputusan itu menunjukkan UMNO sentiasa ikhlas dan bersedia membuat perubahan yang mendatangkan kebaikan kepada semua,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, keputusan tersebut membuktikan kedua-dua pemimpin mengutamakan parti dan negara.

‘‘Ia satu langkah bijak kerana ia bukan hanya untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar, tetapi untuk meneruskan parti dalam keadaan stabil,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

DI KOTA BHARU, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha mempercepatkan peralihan kuasa akan membolehkan parti membuat persiapan lebih awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan sekarang, banyak perkara perlu dilakukan oleh parti bagi mengukuhkan kepercayaan dan mengembalikan sokongan rakyat.

‘‘Kita mahu masa yang cukup untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Wisma KAFA di sini petang semalam.

DI KOTA KINABALU, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad menegaskan keputusan peralihan kuasa itu merupakan jawapan tepat kepada akar umbi dalam membuktikan usaha pemimpin tertinggi memperkuatkan parti.

‘‘Saya rasa ia tindakan bijaksana bagi menenangkan suasana di peringkat akar umbi keseluruhan kerana sejak akhir-akhir ini,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin berkata, ia memberi kesan positif kepada kestabilan politik negara sekali gus mampu mengukuhkan UMNO.

‘‘UMNO perlu mengadakan perubahan yang drastik dan ini harus ditunjukkan oleh kepimpinan, maka dengan persetujuan terbaru itu, mereka akan bekerja kuat mengukuhkan parti,” katanya

ayat2 bodek.....:eek::eek::eek:
 
percepat ke bulan berape..?

Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010.

Desakan pihak-pihak tertentu dalam Umno supaya Abdulllah berundur segera, berjaya dipendekkan daripada 21 bulan (Oktober 2008 - Jun 2010) kepada enam bulan sahaja.

Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.

Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Tempoh dua minggu itu diambil untuk Abdullah mengambil kira 'feedback' daripada Umno Bahagian yang akan bermula mengadakan persidangan 9 Oktober ini.

Di sebalik larangan peraturan Tataetika Umno yang ketat dan kelebihan undi bonus yang ada kepadanya sebagai Presiden Umno, Abdullah dilaporkan tidak yakin beliau dapat melepasi kuota pencalonan sebanyak 30 peratus atau dari 58 bahagian.

Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi.

Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian.

Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.

Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.

Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal.

Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya.

Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau.

Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda.
 
zaman kegelapan politik malaysia bersama paklah semakin berakhir..
 
AM NO serta parti komponen lain dah terlalu lewat ambil tindakan drastik untuk perubahan malah bertambah pertelingkahan sesama sendiri maka zaman kegemilangannya akan berakhir tidak lama lagi akibat keangkuhan, terlalu penting diri sediri, tamak haloba serta kerakusan para pemimpin2nya tanpa memperdulikan rakyat dan negara. Akibat memalukan agama, bangsa dan negara maka empayarnya akan BEE END dalam masa terdekat ini sebelum Mac 2009.

DEAD AND BEE END. TAMAT
:eek::eek::eek::eek:
 
HEHHE leh bertahan lagi ke amno ni :D
 
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Para pemimpin parti termasuk dalam komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempercepatkan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan keikhlasan perjuangannya dalam parti selama ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rakyat seharusnya menghormati keputusan Abdullah dan Najib yang menunjukkan persefahaman dalam proses peralihan ini.

Beliau berkata, keputusan terbaru itu jelas menunjukkan kematangan serta kebijaksanaan pucuk pimpinan dalam memastikan kepentingan parti dan negara sentiasa menjadi keutamaan.

‘‘Tumpuan kini harus diberi kepada usaha mengembalikan kekuatan UMNO bagi meraih semula keyakinan rakyat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan peralihan kuasa yang dipercepatkan daripada 2010 selain menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada Disember ini kepada Mac tahun depan.

Namun, mesyuarat UMNO bahagian yang akan bermula 9 Oktober ini tetap diteruskan.

Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai pula berkata, keputusan Abdullah itu dilihat yang terbaik ketika negara dalam proses peralihan kuasa.

‘‘Perdana Menteri tahu apa yang perlu dibuat sekarang dan keputusan mempercepatkan proses peralihan kuasa adalah yang terbaik untuk negara,” jelasnya.

Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam berkata, keputusan itu membuktikan Abdullah sentiasa jujur dalam usahanya untuk menstabilkan keadaan politik negara.

‘‘Keputusan itu menunjukkan UMNO sentiasa ikhlas dan bersedia membuat perubahan yang mendatangkan kebaikan kepada semua,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, keputusan tersebut membuktikan kedua-dua pemimpin mengutamakan parti dan negara.

‘‘Ia satu langkah bijak kerana ia bukan hanya untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar, tetapi untuk meneruskan parti dalam keadaan stabil,’’ katanya ketika dihubungi hari ini.

DI KOTA BHARU, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha mempercepatkan peralihan kuasa akan membolehkan parti membuat persiapan lebih awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan sekarang, banyak perkara perlu dilakukan oleh parti bagi mengukuhkan kepercayaan dan mengembalikan sokongan rakyat.

‘‘Kita mahu masa yang cukup untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di Wisma KAFA di sini petang semalam.

DI KOTA KINABALU, Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad menegaskan keputusan peralihan kuasa itu merupakan jawapan tepat kepada akar umbi dalam membuktikan usaha pemimpin tertinggi memperkuatkan parti.

‘‘Saya rasa ia tindakan bijaksana bagi menenangkan suasana di peringkat akar umbi keseluruhan kerana sejak akhir-akhir ini,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Yahya Hussin berkata, ia memberi kesan positif kepada kestabilan politik negara sekali gus mampu mengukuhkan UMNO.

‘‘UMNO perlu mengadakan perubahan yang drastik dan ini harus ditunjukkan oleh kepimpinan, maka dengan persetujuan terbaru itu, mereka akan bekerja kuat mengukuhkan parti,” katanya

ayat2 bodek.....:eek::eek::eek:

Aku mmg hangin tgk ayat2 yg kaler merah tu...pas ni giliran najib la pulak kene jek habis2an dek ayat2 najis pemimpin2 kaki ampu nih...bijak, cerdik, tepat? :eek::eek::eek: :(scam
 
Back
Top
Log in Register