BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bersatu Pecat Saifuddin Abdullah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,450
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,450
Reaction score
321
Points
141
2c00e42f533bd5f469578deb45966049695d0d52dc7c9

fb Saifuddin Abdullah

Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid ketika dihubungi Bernama sebentar tadi.

“Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau,” katanya.

Harris Idaham berkata Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti, namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah dipecat sebagai ahli Bersatu.

Saifuddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional Pahang memaklumkan beliau menerima maklumat mengenai perkara itu hari ini.

“Saya akan membuat rayuan dalam beberapa hari lagi,” katanya.

 

HASIL DOA QUNUT! PEMIMPIN BERSATU BOCOR KES RASUAH JAMA WIBAWA & MP BERSATU DIPECAT!​

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim mendedahkan satu dokumen lejar didakwa mengandungi rekod transaksi kewangan melibatkan penerimaan wang tunai dan aset mewah berjumlah RM1.1 juta oleh seorang ketua bahagian parti.

Mohamad Shafiq berkata, susulan itu beliau akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kesahihan dokumen berkenaan dan meneliti sama ada wujud unsur rasuah atau pecah amanah.

"Dokumen itu dipercayai daripada sebuah syarikat yang terlibat dengan Program Jana Wibawa yang ketika ini sedang dibicarakan di mahkamah berhubung kes satu projek bernilai RM232 juta," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah restoran, di sini pada Selasa.

Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Menurut sepucuk surat Lembaga Tatatertib Bersatu bertarikh hari ini dan dialamatkan kepada Saifuddin, keputusan tersebut ditentukan dalam satu mesyuarat yang diadakan semalam.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Saifuddin mengesahkan penamatan keahliannya dalam Bersatu dan memaklumkan dia akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.

 

HAMZAH DALAM BAHAYA? BERSATU PECAT SAIFUDDIN ABDULLAH - SAMSURI BAKAL PENGERUSI PN?​

Parti Bersatu mengambil tindakan tegas apabila memecat Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah daripada keahlian parti.

Saifuddin, yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, termasuk mendesak beliau mempertimbangkan untuk berundur daripada jawatan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, kedudukan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kini dilihat semakin tertekan apabila beberapa pimpinan parti yang dikatakan mempunyai kecenderungan kepadanya dikenakan tindakan disiplin.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, turut dipecat, manakala Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal, digantung keahlian. Rentetan ini mencetuskan persoalan besar: adakah Hamzah sedang disisihkan secara terancang daripada struktur kuasa Bersatu?

Sementara itu, arena politik Perikatan Nasional turut digegarkan dengan desas-desus pelantikan Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar, sebagai Pengerusi PN yang baharu.

Spekulasi ini semakin hangat diperkatakan selepas satu gambar yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, menunjukkan pertemuan antara Dr Samsuri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus mengundang pelbagai tafsiran mengenai hala tuju dan peralihan kuasa dalam PN.

 
Back
Top
Log in Register