BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak umum cuti 6 Mei

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir​

IPOH - Kerajaan Negeri Perak mengumumkan cuti umum pada‎ 6 Mei bersempena istiadat pertabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak XXXV (ke-35).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan perkara itu‎ selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

"Berhubung upacara pertabalan nanti, hanya akan diumumkan oleh Tan‎ Sri Bendahara (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Mohd
Zahidi Zainuddin)," katanya kepada pemberita.

Istiadat 'Tabal Adat' pada 6 Mei akan menyaksikan dua perkara utama iaitu‎ pengisytiharan pertabalan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak disusuli
dengan pemasyhuran gelaran Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak.

Kedua-dua pemasyhuran itu akan dilakukan oleh Mohd Zahidi dengan melaungkan 'Daulat Tuanku' bagi Sultan Nazrin dan 'Daulat' untuk Tuanku Zara Salim sebanyak tiga kali. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register