BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aidilfitri: Terengganu Umum Khamis Cuti Kelepasan Am

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
f3761b840baf7ef4d2496e7679caecff5e3615a93c517

Kuala Terengganu, Malaysia

Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Khamis ini (19 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mohamad Azmi Mohd Daham berkata tarikh berkenaan bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

"Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac 2026 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh Terengganu sempena menyambut Aidilfitri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju mengekalkan hari kelepasan am negeri pada 23 Mac 2026 sebagaimana yang diwartakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) pada 30 Okt 2025.

 
Back
Top
Log in Register