BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak Puas Hati Pencapaian JKR

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA KANGSAR, 27 Jun -- Kerajaan negeri Perak berpuashati dengan pencapaian Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana kejayaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur mengikut jadual, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata JKR Perak telah membelanjakan sebanyak RM299.33 juta ataupun 98.99 peratus daripada peruntukan yang disalurkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Kita juga harus berasa bangga dan mengucapkan syabas dan tahniah kepada JKR Perak yang menerima penarafan empat bintang berdasarkan sistem Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) pada tahun 2010.

Ini membuktikan jabatan ini berada pada tahap yang sangat baik dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam serta penerimaan MS ISO 9001 versi 2008 oleh Sirim," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Bangunan JKR Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Perasmian bangunan bernilai RM5 juta itu disempurnakan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Katanya, bagi tempoh RMK-10, kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM525.71 juta kepada JKR Perak.

Beliau berkata antara projek infrastruktur besar yang dirancang di Perak ialah Lebuh Raya Jelapang ke Selama (Jelas) sepanjang 85 kilometer yang dianggarkan bernilai RM2.5 bilion melalui pekan-pekan kecil seperti Chemor, Kanthan, Sg. Siput, Karai, Anak Kurau, Kubu Gajah dan Selama.

Menurutnya, lebuh raya berkonsep tertutup itu akan menghubungkan Jelapang di Ipoh ke Selama dan mempunyai lapan persimpangan, enam jambatan dan empat kawasan rehat dan rawat. Ia akan menjimatkan jarak perjalanan Ipoh ke Sungai Petani sejauh 25 kilometer.

"Pembinaan rangkaian jalan raya tersebut bukan sahaja dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan pekan kecil dan persisiran pantai malah meningkatkan lagi Indeks Pembangunan Jaringan Jalan raya Negeri Perak bagi mencapai Perak Maju 2015," tambahnya.
 
Back
Top
Log in Register