BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perhilitan Perak Pantau Gajah Liar Di JRTB, Nasihat Pengguna Berhati-hati

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
03f0d6c18160ab9327a41b5a3ef12b025f16bcdc0c387


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah mengesan sekumpulan gajah liar berkeliaran di sekitar Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, semalam.

Pengarahnya Mohd Taufik Abdul Rahman berkata rondaan dan pemantauan telah dilakukan oleh petugas Perhilitan kira-kira 1 pagi.

"Kumpulan gajah bersama anaknya dihalau ke dalam hutan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video berdurasi 48 saat yang tular di media sosial memaparkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan masing-masing apabila sekumpulan gajah berada di tepi jalan di JRTB.

Dalam pada itu, Mohd Taufik menasihatkan pengguna yang melalui jalan berkenaan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing supaya lebih berhati-hati.

"Apabila terserempak dengan kumpulan gajah ada beberapa perkara perlu diambil tahu iaitu jangan bunyikan hon atau pasang lampu tinggi kerana gajah akan marah.

"Orang ramai juga diminta jangan keluar daripada kenderaan, perlu beri laluan, tunggu gajah itu melintas baru teruskan pemanduan,” katanya

Bagaimanapun, Mohd Taufik berkata sekiranya tingkah laku gajah agak agresif seperti telinga menjadi kembang, belalai mulai naik dan turun, pengguna jalan raya perlu perlahan-lahan mengundurkan kenderaan mereka.

 
Back
Top
Log in Register