BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak lancar web pelancongan Cina

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
2478303.jpg


IPOH - Kerajaan negeri melancarkan laman web pelancongan Cina, 'Perak GoGoGo' sebagai strategi menarik kedatangan pelancong negara China sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Laman web kolobrasi bersama Media Chinese International Limited Group (MCIL) itu mengandungi tiga video pelancongan yang dirakam di Ipoh sebagai tumpuan utama dan destinasi wajib lain untuk dikunjungi.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pendekatan itu selari dengan usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk meluaskan pasaran produk pelancongan ke China.

"Untuk bahasa Melayu (laman web) kita sudah ada banyak pengisian yang tersedia.

"Cuma sekarang kita sedang perkuatkan dalam bahasa Cina ini, bukan sahaja untuk keperluan penduduk domestik, tetapi boleh juga dilawati pelancong luar yang menggunakan bahasa sama seperti negara China," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Laman Web 'Perak GoGoGo' dan penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Pelancongan 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Perak, Zuraida Md Taib.

Sze Yee berkata, untuk jangka masa panjang, Perak dalam perancangan untuk mendapatkan laluan penerbangan secara terus antara Ipoh dengan China.

Katanya, buat masa ini, satu-satunya penerbangan antarabangsa yang masuk ke negeri ini adalah menerusi laluan Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini.

"Ini antara kekangan kita di Perak untuk mendapatkan lebih ramai kunjungan pelancong dari China ke negeri ini.

"Data sebelum ini tak sampai pun 350,000 pelancong luar negara datang ke Perak melalui Singapura dan yang datang dari China jumlahnya agak kecil," katanya.

 
OK. Nanti juta-juta pelancong motherland datang. Yang keluar semula cukup juta-juta ke idak? :ROFLMAO:
 
Masalah dgn tourist china ni, diorg memang akan pergi tempat cina je.

So bumiputra punya tourism gig tak dapat apa2 pun.

Bak datang la info kalau ada pelancong China nak makan kat kedai melayu atau nak stay homestay org melayu hahahahha.
 

Dalam sesi temu bual yang sama, Koo turut memberitahu bahawa dia menyukai negara Malaysia kerana faktor persekitaran seperti budaya masyarakat, bahasa komunikasi dan cuaca yang hampir serupa di Hong Kong. Koo difahamkan berada di Malaysia bagi melakukan penggambaran produksi terbarunya, ‘Behind The Shadows’ di Kuala Lumpur yang diterbitkan bersama syarikat filem Malaysia iaitu One Cool Film. Filem ini juga menandakan kejayaan istimewa buat rakyat Malaysia kerana lebih daripada 100pelakon dan kru tempatan terlibat dalam penghasilan filem ini.

Berita asal https://sg.style.yahoo.com/louis-koo-shoots-movie-malaysia-055600077.html

Sebab kenapa pelancong motherland suka mai Malaysia, sebab duk sini sama macam duk motherland sana.
:ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register