BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perak guna drone pantau curi pasir

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

drone​

IPOH - Kerajaan Negeri Perak bercadang menggunakan aplikasi sistem pesawat tanpa juruterbang atau dikenali sebagai 'drone' bagi memantau kegiatan mencuri pasir di seluruh negeri ini.

Beberapa daerah di Perak sudah memperkenalkan sistem itu, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) mengenai penggunaan sistem pengemudian GPS untuk lori pemegang permit bagi menangani kecurian pasir pada persidangan Dun hari ini.

Zambry berkata, GPS telah digunakan bagi memantau kecurian pasir, namun kerajaan negeri mahukan sistem yang lebih terkini untuk menangani masalah itu.

Semasa menjawab soalan tambahan Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) mengenai tiada pendakwaan terhadap pencuri pasir, Zambry berkata, beliau telah mengarahkan supaya aspek mengumpul barang bukti dipertingkat bagi membolehkan pendakwaan dilakukan.

"Saya setuju kes (curi pasir) didakwa di mahkamah. Setakat kompaun, ia tidak memberikan apa-apa kepada mereka...bagi satu kes, jumlah kompaun sekitar RM5,000," katanya.

Mengenai anggaran kerugian hasil kerajaan negeri akibat kegiatan curi pasir haram dan batu mineral di seluruh negeri, Zambry berkata, kerugian adalah antara RM10 juta hingga RM20 juta setahun dan aktiviti itu dipercayai didalangi kumpulan kongsi gelap.

Menurutnya, beberapa langkah telah diambil untuk mencegah kegiatan curi pasir secara haram di seluruh Perak termasuk menubuhkan tiga jawatankuasa penguatkuasaan di peringkat negeri.

Ini termasuk jawatankuasa peringkat tertinggi yang dipengerusikan Zambry dan jawatankuasa pasukan petugas yang dipengerusikan pengarah tanah dan galian negeri.

"Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi memastikan program penguatkuasaan pemantuan pengeluaran pasir, bahan mineral dapat dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan selain merangka program yang mampu mengurangkan ketirisan hasil," kata Zambry.

Kerajaan negeri turut menempatkan anggota penguatkuasa di kawasan yang disyaki melanggar syarat-syarat permit bahan batu dan lesen pemindahan bahan mineral. - Bernama
 
hahah..nice idea..tp drone ni brapa lama bleh btahan..
 
kalau penguatkuasaan tu x dbetulkan, talibarut2 kat dlm jabatan xkasi bersih, pakai live satelit pun xde guna melainkan itu semua kerja nak kasi kroni projek supply
 
lepas kena audit.. beli drone 10x ganda harga pasaran...
 
idea yg bagus utk mantapkan pemantauan, tapi ianya jugak idea bagus utk org songlap kontrak..
 
Tengok review battery 5200 mAh boleh bertahan 20min
Range 0.7miles
Harga pasaran USD700
Kalo kerajaan beli xtau la berapa
 
mana pi UAV atau drone ciptaan tempatan yg dah ada experience masa Ops Pasir?
 
Back
Top
Log in Register