BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPJ Perak Pantau 34 Lokasi Berisiko Dalam Ops Khas Aidilfitri

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
f1c883320f7e3c0aee44bafcd6057c7c69b797203fb70

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Mohammad Yusoff Abustan bercakap kepada media pada Operasi Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 di Jalan Sultan Idris Shah hari ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memantau 34 lokasi berisiko kemalangan atau black spot di seluruh negeri menerusi operasi khas sempena Aidilfitri dari hari ini hingga 29 Mac.

Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata penetapan lokasi itu membolehkan anggota penguat kuasa melaksanakan rondaan dan pemeriksaan mengejut bagi memastikan tahap pematuhan undang-undang oleh pengguna jalan raya sentiasa pada tahap tinggi.

“Anggota kita akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi memantau keadaan trafik dan melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dikesan melakukan kesalahan.

“Pendekatan ini membolehkan anggota kita sentiasa di lapangan dan meningkatkan persepsi boleh ditangkap (POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang media di Jalan Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Mohammad Yusoff berkata sebanyak 244 anggota JPJ Perak digerakkan sepanjang operasi bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh.

Beliau berkata tumpuan diberikan terhadap sembilan kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan jalan raya, iaitu tidak mematuhi had laju, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar dan memandu di lorong kecemasan.

Kesalahan itu turut melibatkan tidak memakai tali pinggang keselamatan atau topi keledar, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, membawa lebihan muatan dan membawa muatan secara berbahaya.

“Tindakan penguatkuasaan lebih tegas turut dilaksanakan terhadap kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan termasuk pemantauan terhadap pematuhan syarat lesen pengendali serta tahap perkhidmatan yang ditetapkan,” katanya.

Mohammad Yusoff berkata JPJ Perak turut melaksanakan pemeriksaan bas di depoh dari 13 hingga 15 Mac bagi memastikan kenderaan perkhidmatan awam, khususnya bas ekspres dalam keadaan selamat dan mematuhi semua aspek keselamatan serta teknikal.

 
Back
Top
Log in Register