BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut wajar dihukum mati

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
Forum Utusan Malaysia..

SAYA ingin merujuk berita jenayah ragut seperti yang tersiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam yang membawa kepada kematian penunggang motosikal, Abdul Rahman Mohd. Kaladin,34, manakala isterinya yang membonceng, cedera parah.

Nampaknya jenayah ragut semakin berleluasa akibat nafsu serkakah peragut yang bertindak tanpa mengenal usia. Apa yang penting bagi mereka ialah mendapatkan apa saja hasil kegiatan jenayah itu tanpa mengira nyawa manusia yang diragut akan terancam.

Mereka ini begitu terdesak sekali untuk melakukan jenayah ragut tanpa mengira sama ada mangsa menyimpan wang dalam beg yang diragut atau tidak.

Mereka juga nampaknya tidak memilih bulu dan usia. Semuanya menjadi mangsa ragut mereka tanpa mengira tua atau muda, lelaki atau wanita, kaya atau miskin, berwang atau tidak. Semuanya dirembat - pantang ada peluang di depan mata.

Mereka ini ibarat kucing yang sentiasa menunggu habuan ikan di depan mata untuk diterkam. Halal haram sudah tidak dipedulikan lagi. Apa yang sempat itulah habuan mereka. Nyawa yang tidak berdosa melayang akibat perbuatan mereka tidak dipedulikan. Bagi mereka nyawa manusia tidak ada harga. Wang ringgit mengatasi segala-galanya.

Siapakah peragut yang begitu nekad ini? Bangsa apakah mereka ini? Mengapa mereka ini begitu tidak berperikemanusiaan sekali? Yang paling penting mengapa mereka ini boleh terjebak dalam jenayah ragut? Kita tidak dapat menjawab persoalan ini kerana mereka begitu cekap dan pantas melakukan kerja-kerja kotor ini. Tidak ramai yang dapat ditangkap. Ramai yang terlepas.

Adakah sikap orang ramai yang tidak prihatin menyebabkan mereka ini berani melakukan jenayah terkutuk ini? Atau penguatkuasaan yang lemah menyebabkan mereka berleluasa ibarat jong pecah jerung kekenyangan. Dan banyak lagi persoalan mengapa jenayah ini begitu berleluasa sekali.

Sudah tiba masanya kita melihat jenayah ragut ini merupakan satu kesalahan besar dan berat, setanding dengan jenayah membunuh, merompak, mengedar dadah yang boleh membawa kepada hukuman mandatori iaitu hukum gantung.

Ini kerana jenayah ragut juga boleh membawa maut kepada mangsanya. Pada asalnya perbuatan itu adalah hanya untuk meragut, tetapi apabila membawa kepada kematian maka hukum bunuh adalah hukuman yang sesuai kepada pesalah itu. Nyawa harus dibalas dengan nyawa.

Kita tidak boleh lagi berkompromi dengan penjenayah seperti ini. Kalau dibiarkan mereka akan lebih bermaharajalela dan lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa ragut mereka. Hukuman denda mungkin tidak sesuai dan tidak membawa penyelesaian kepada jenayah ini.

Langkah pencegahan selain penguatkuasaan undang-undang juga perlu, terutama sekali sikap orang ramai dalam mengatasi masalah ini.

Kita hendaklah sentiasa menjaga wang ringgit yang dibawa dengan diletakkan di tempat yang selamat dan bukannya diletakkan di atas bahu. Beg yang disandang yang tentunya mempunyai wang ringgit akan memudahkan jenayah ragut berlaku.

Fikirkanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan harta benda kita, bukannya didedahkan kepada orang ramai kerana ini akan membawa kepada jenayah ragut.

Pejalan kaki dan penunggang motosikal, orang tua dan wanita amat mudah menjadi mangsa mereka. Golongan itu jangan dibiarkan berjalan sendirian kerana mereka akan mudah menjadi mangsa jenayah ragut.

Yang penting jangan membawa banyak wang, bawa sekadar keperluan untuk membeli-belah pada hari itu sahaja. Kalau semua warga masyarakat mengambil sikap berhati-hati menjaga harta benda, jenayah ini akan dapat dikurangkan. Beringatlah sebelum kena.

Alor Gajah, Melaka">

atau tangkap dan ikat kat pokok, kasi kerengga gigit....:D
 
Peragut .. kerat tangan tu .. yang ragut menyebabkan kematian .. bunuh jer
 
Peragut .. kerat tangan tu .. yang ragut menyebabkan kematian .. bunuh jer

Aku setuju pendapat ini.
kes ragut ni macam tiada kesudahan.

setiap minggu, bulan ada ja kes.
itu yg dilaporkan, yg tidak dilaporkan
mungkin setiap hari.
 
kita laksanakan hukum hudud, insyaAllah selamat dunia akhirat
 
pendapat anda tentang PERAGUT..

salam..

dlm ramai2 kt CG ni mesti ada pengalaman kena ragut kan.. dan mungkin saudara-mara dan rakan2 terdekat pn penah kena.. den pun penah kena.. :mad::mad::mad:

zaman skang ni, peragut semakin berani dan menjadi2.. sampai bwk mati.. sgt xpuas ati btul.. golongan wanita menjadi sasaran utama..

byk punca2 yg menyebabkan kejadian ni.. diri sendiri salah satu punca..

Apa pandangan anda tentang jenayah ragut ni.. kalo anda berkuasa apa tindakan yg akan anda buat terhadap PERAGUT.. dan apa cadangan nk kurangkan perkara2 camni..sebab ramai lagi yg xsedar tentang keselamatan harta benda masing2 sekaligus diri masing2..
 
Last edited:
gomen ni kata pekak kang marah.

masalah ni masalah dadah. peragut akan muncul walaupun apa hukuman.

masalah dadah pulak, berkait kelemahan jentera kerajaan.
tu yg takde nak sebut sgt tu
 
tringat iklan radio sinar fm psal ragut2 nie..:))
 
Back
Top
Log in Register