BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peragut diikat dibelasah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN: Cubaan seorang lelaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas bukan saja gagal, malah dia bermandi darah akibat dibelasah orang ramai selepas diikat pada tiang telefon, di Permatang Badak, di sini, tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, peragut yang berusia 20-an dan tinggal di Kampung Chendering, di sini, cedera di muka akibat dibelasah.


Difahamkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Nouvo berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin sebelum berjalan menuju ke arah mangsa yang berusia 60-an. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff mengesahkan lelaki terbabit sudah ditangkap dan diserahkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit tidak sempat melarikan diri kerana gagal menghidupkan enjin motosikal sebelum diberkas orang ramai yang berada di tempat kejadian.


Katanya, polis menghargai kerjasama orang ramai dan berharap tindakan berani sedemikian diteruskan pada masa akan datang bagi membanteras kegiatan jenayah.


“Bagaimanapun, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi,” katanya di sini, semalam.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peragutdiikatdibelasah/Article/index_html
 
enjin tak boleh start.. amatur sungguh.. sekali kena hamekaw.. :)
 
patut ni diikat kat motor tu lps tu seretkan muka atas jalan tu... selalu yg kena ragut sampai terseret atas jalan... tp nmpk sgt mmg br menceburi bidang peragut.. motor takleh start? :D
 
mmg sedap kene die ni..
kasik pengajaran cket..
 
sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh jgk..aku sokong biar kasi rasa skit cmne org lain rasa.
 
enjin tak boleh start.. amatur sungguh.. sekali kena hamekaw.. :)

Apahal matikan enjin dulu,kan dh x hidup..Mujur jugak 'mangkuk tu' masih hidup..kuang..kuang..kuang...:))
 
ikat lepas tu tabur kerengga dlm spenda dia... baru vogue
 
Back
Top
Log in Register