antara syarat² penyertaan...
Penyertaan hendaklah sama ada dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dan mestilah:-
- Tidak diambil daripada mana-mana nama binatang atau tumbuh-tumbuhan;
- Tidak mengandungi bahasa kasar atau kesat atau membawa konotasi tidak baik, seperti "*****";
- Boleh diterima secara komersial, contohnya "Proton Waja";
- Mudah disebut, contohnya, "Proton Waja";
- Mudah difahami dan dikenali oleh rakyat Malaysia;
- Tidak digunakan oleh mana-mana Pembuat Peralatan Tulen dalam bidang Pengangkutan (OEM), sama ada tempatan atau luar negara, pada tarikh 08/09/2008;
- Mempunyai maksimum tiga [3] suku kata sahaja. Contohnya, "Proton Persona". Nama-nama yang dihantar yang melebihi tiga [3] suku kata akan ditolak secara automatik. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu [1] penyertaan melalui laman web atau SMS, TETAPI setiap pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.