BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penyondol dikecam bermesej seks dengan suami orang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
Penyondol dikecam berbual tak senonoh dengan suami orang


PETALING JAYA – Seorang guru wanita menjadi mangsa kecaman selepas didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.

Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar apabila seorang wanita yang dipercayai isteri juruelektrik terbabit memuat naik tangkap layar perbualan berunsur lucah antara suaminya dan guru berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Menerusi satu hantaran lain di TikTok, guru wanita berkenaan dipercayai bersemuka dengan isteri juruelektrik itu sambil merayu agar diberikan peluang kedua untuk dimaafkan.

Dalam rakaman berdurasi kurang seminit itu, guru wanita itu dilihat menangis teresak-esak sambil memohon maaf atas keterlanjuran yang dilakukan.

“Bagi saya peluang. Andai kata saya buat lagi masalah… tolonglah,” katanya dalam nada sebak.

Difahamkan, hantaran asal yang dimuat naik di Facebook sudah dipadam, namun telah tular semula selepas dimuat naik pengguna lain di pelbagai platform media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan jijik dengan tindakan kedua-dua individu terbabit.

“Allahuakbar. Terlampau jijik, tak sanggup nak baca habis. Meloya dah ni. Apa lah perasaan suami dan isteri mereka bila baca perbualan tu,” kata Nurhayati Ab Rahman.

“Tak boleh bayangkan betapa luluhnya hati isteri baca perbualan macam tu,” komen Puan Mahnies.

Artikel : Kosmo Online

6170160377350964184_121.jpg

6170160377350964185_121.jpg

6170160377350964186_121.jpg

6170160377350964187_121.jpg

6170160377350964188_121.jpg

6170160377350964189_121.jpg

6170160377350964190_121.jpg

6170160377350964191_121.jpg

6170160377350964192_121.jpg

6170160377350964193_121.jpg
 
Cikgu perempuan terlanjur dengan abang servis ‘wiring’, perbualan 18SX jatuh ke tangan isteri! - “Bagi saya peluang”



Ahad, 25 Mei 2025 2:10 PM
WARGA maya dikejutkan dengan satu pembongkaran kisah cinta terlarang antara guru wanita dan seorang lelaki.

Lebih menggemparkan apabila hubungan sulit mereka berlaku ketika masing-masing masih suami dan isteri orang.

Berdasarkan dakwaan yang dikongsikan di media sosial, hubungan terlarang itu mula berputik ketika si lelaki menawarkan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik (wiring) di rumah.

"Berzina pada bulan Ramadan. Berzina dengan perempuan yang masih isteri orang. Sangat dahsyat perbuatan manusia yang dikenali ramai ni.

"Perempuan durjana, buat perkara terkutuk pada masa sama masih isteri orang dan dalam tempoh idah sekali pun.


"Perosak rumah tangga orang, pemusnah segala-galanya. Mohon pihak sekolah ambil tindakan ke atas cikgu ini," tulis individu berkenaan dalam hantarannya.

Difahamkan pendedahan itu dibuat seorang wanita yang dipercayai isteri kepada juruelektrik berkenaan.

Turut dikongsikan dalam pendedahan itu ialah tangkap layar perbualan berunsur lucah antara suaminya dan guru terbabit di aplikasi WhatsApp.

Bukan sahaja dituduh berzina, perbualan itu juga memberi gambaran mereka turut melakukan perlakuan luar tabii yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Susulan pendedahan awal, muncul pula video lain di TikTok, kali ini menampilkan guru wanita yang didakwa menjalinkan hubungan terlarang berkenaan.

Dalam video yang dipercayai dirakam ketika sesi bersua muka dengan isteri kepada juruelektrik itu, guru wanita berkenaan dilihat merayu agar diberi peluang kedua.

Dalam rakaman berdurasi satu minit berkenaan, wanita itu dilihat memohon maaf secara terbuka kepada isteri juruelektrik terbabit atas keterlanjuran yang berlaku.

"Bagi saya peluang. Andai kata saya buat lagi masalah... tolong la," jelasnya merayu kepada wanita tersebut.

Difahamkan, hantaran asal yang dibuat di Facebook sudah diturunkan namun ia dimuat naik semula di beberapa platform media sosial lain.

 
Back
Top
Log in Register