kalau
CG Top Poster Club

- Messages
- 48,563
Paid Membership
- Joined
- Mar 4, 2008
- Messages
- 48,563
- Reaction score
- 127
- Points
- 123
KAJANG: Seorang penjenayah yang menjadi buruan polis kerana terbabit dalam 17 kes jenayah samun kargo di Perak dan Selangor cedera setelah ditembak sepasukan polis di Taman Bangi Jaya, Semenyih di sini hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, berkata lelaki itu yang menaiki Chevrolet Optra perak bertindak melanggar kenderaan polis yang menahannya sambil melepaskan beberapa tembakan ke arah polis.
Beliau berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, polis bertindak membalas tembakan dan mengenai suspek.
"Pemeriksaan lanjut, kami menemui pistol jenis Steyr M 9A1, bersama lapan peluru, empat kelongsong peluru, kad Touch'n Go, dua unit kabel penghidup bateri, dua telefon bimbit, satu topeng dan satu nombor plat pendaftaran BHU 1371," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Hasnan berkata, polis turut menemui kad pengenalan yang dipercayai palsu yang beralamat Ladang Tumbuh, Tanjung Sepat, Selangor.
Beliau berkata, semakan terhadap kenderaan yang dipandu lelaki itu mendapati ia adalah kenderaan curi yang disamun di Sea Park pada 14 Jan lepas.
"Nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan juga adalah palsu dan nombor pendaftaran sebenar ialah MWU 156," katanya.
Beliau berkata, suspek yang terbabit dalam 14 kes samun kargo di Perak, tiga di Selangor, juga mempunyai tiga rekod jenayah samun bersenjata.
Lelaki yang parah itu dihantar ke Hospital Kajang.
berita harian online news.