BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penunggang Motosikal Maut, Dua Cedera Parah Dalam Kemalangan Empat Kenderaan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,122
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,122
Reaction score
346
Points
141

Penunggang Motosikal Maut, Dua Cedera Parah Dalam Kemalangan Empat Kenderaan​

87e8dfa8d0c6555ffa245d4ef9404d416a96b4189ee47

kredit: Awam

Seorang penunggang motosikal maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 127.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Lim Chai Wat, 50, manakala pembonceng motosikal Tee Seew Yong, 50, dan seorang lagi penunggang motosikal Kan Chee Hong, 50, yang menunggang Yamaha MT-09 mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 1.04 tengah hari sebelum jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas digerakkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan dua kereta Perodua Myvi dan dua motosikal. Dua lelaki yang memandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lelaki yang maut adalah penunggang Honda Silverwing GT dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua lagi mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 3.05 petang.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer di laluan dari Kepala Batas ke Sungai Dua.

 
Back
Top
Log in Register