BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Penumpang terjatuh bawah tren LRT Abdullah Hukum

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
Station abdullah hukum ada orang jatuh di rail. Vedera tersepit..




14201724337279229-386981.jpg
 

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya Pulih, Mangsa Terjatuh Dirawat Di HKL​

3d2351e28e747bb1ad9f7609cc3a1b3a6385fc895c9ea

Gambar Fail

Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan petang ini susulan insiden penumpang terjatuh di kawasan landasan di Stesen Abdullah Hukum, kembali pulih.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkhidmatan LRT pulih pada 6.59 petang dan perkhidmatan tren sedang diselaraskan secara berperingkat.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan dan petugas stesen masih ditempatkan di platform serta ruang legar stesen bagi membantu penumpang.

“Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan dialami dan amat menghargai kesabaran serta kerjasama penumpang sepanjang tempoh gangguan perkhidmatan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, perkhidmatan tren itu mengalami gangguan pada 6.09 petang susulan kemalangan yang melibatkan seorang penumpang terjatuh, bagaimanapun mangsa diselamatkan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Susulan itu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan tren antara stesen Universiti, Kerinchi dan Abdullah Hukum dihentikan sementara dengan perkhidmatan tren alternatif termasuk bas perantara percuma diaktifkan.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan mangsa, wanita tempatan berusia 39 tahun mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan muka.

PGO memaklumkan bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.19 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pantai berjaya mengeluarkan mangsa pada 6.38 petang.

 

Pengguna Pengangkutan Awam Diingatkan Berwaspada, Patuh Peraturan - Loke​

ca2d6e484f628a7a857492cc8f62833e69cfe6d82f2a2

Kredit: FB - Anthony Loke Siew Fook

Semua pengguna pengangkutan awam diingatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan keselamatan demi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata peringatan itu susulan insiden melibatkan seorang penumpang yang terjatuh ke landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya di Stesen Abdullah Hukum petang tadi.

“Saya telah dimaklumkan mengenai satu insiden melibatkan seorang penumpang yang terjatuh ke landasan LRT di Stesen Abdullah Hukum petang tadi, yang turut mengaktifkan Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) ketika tren sedang menghampiri stesen.

“Saya bersyukur kerana nyawa mangsa berjaya diselamatkan dan sistem keselamatan yang tersedia turut berfungsi sebagaimana sepatutnya dalam situasi kecemasan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini .

Loke menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta kakitangan Prasarana Malaysia Berhad atas tindakan pantas dan profesional dalam mengendalikan situasi berkenaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penumpang lain di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada anggota penyelamat sepanjang kejadian berlaku.

Terdahulu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang mengalami gangguan pada 6.09 petang tadi susulan insiden penumpang terjatuh di kawasan landasan di Stesen Abdullah Hukum, kembali pulih pada 6.59 petang.

Mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

 
ckit lagi nak kene gilis..
 
Back
Top
Log in Register