BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENTING :: Forum Berbeza ?

MyOne

Co-Founder, Elite Member
Messages
514
Paid Membership
Joined
Nov 20, 2005
Messages
514
Reaction score
0
Points
10
Mengapa forum carigold berbeza ?

Member-member semua perasan tak ada sedikit kelainan dari segi format forum Carigold ni dengan lain-lain forum yang membincangkan perihal e-biz ??

Sudah tentu kan ! Bila tengok pada Reply Post yg banyak kena EDIT, mesti ramai yang musykil kenapa boleh jadi macam tu.. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang langsung tidak bersetuju dan membantah cara Carigold mengendalikan ruangan forum.

Ramai yang tak puas hati kerana satu sebab utama... Tak dapat cari downline.. Sebenarnya nak cari downline tu banyak cara.. Carigold pun dah sediakan ruang/section mencari downline iaitu Referral Maker & Classified. Gunalah ia sebaik-baiknya. Ruang Signature pun disediakan untuk kita mempromosikan link.

Forum Carigold ni di buat sedemikian rupa demi kebaikan semua. Antara sebab tersebut :

1. Tujuan kita berforum

Mengikut kamus dewan, maksud FORUM ialah
1.Tempat perbincangan yang terbuka (kepada umum dll)
2.Majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara atau persoalan, majlis pertukaran pendapat.

Tujuan sebenar kita berforum adalah untuk kita berbincang buruk baik setiap program samada program tersebut kita dah join ataupun belum. Informasi-informasi terkini amatlah penting untuk menghidupkan satu-satu program tersebut. Ia juga amat penting kepada mereka-mereka yang ingin join program tersebut.

Jadi.. di sini langsung tidak timbul persoalan mencari downline. Downline ini dimasukkan kedalam forum terutamanya e-biz forum adalah sebagai salah satu alternatif untuk menjalinkan rangkaian(downline). Bukan maksud Carigold untuk tidak membenarkan ahli mencari downline disini, malah Carigold amat menggalakkan membina rangkaian sesama ahli, tapi biarlah dengan cara yang betul.

Cuba bayangkan andaikata setiap section di Carigold dibolehkan mempromosi link masing-masing.. Rasanya dah tentu setiap tajuk yg panas seperti 12 Daily Pro dah berjela-jela panjangnya... Kerana apa ? Ini disebabkan para ahli membuat Reply Post hanya untuk mempromosikan / mencari downline.. Maka di sini, akan hilanglah tujuan/fungsi forum ini dibuat.

Untuk pada mereka yang baru (newbie) juga akan menjadi masalah kerana apabila dibenarkan mempromosi downline di semua section, kebaikan dan keburukan setiap program tersebut kurang terserlah kerana yang membuat promosi terlalu ghairah untuk mencari downline sehingga lupa untuk menyatakan buruk baik program tersebut..


2. Program dikategorikan

Carigold banyak menerima rungutan, kenapa Latest Post tak berada diatas seperti lain-lain forum ?

Tujuan sebenarnya adalah kerana para ahli Carigold mempunyai kegemaran masing-masing. Ada ahli yang suka kepada program Autosurf sahaja, ada yang suka HYIP sahaja. Jadi untuk memuaskan hati semua, Carigold mengambil jalan tengah iatu seperti yang kita lihat sekarang ini. Setiap kategori hanya akan berkisar di kategori masing-masing sahaja. Maka dengan ini tak timbul lagi bila di musim HYIP, hanya post HYIP sahaja yg berada di bahagian atas.. Carigold tidak mau forum kelihatan seperti 'ROJAK'..

Jika dibiarkan ROJAK ini berlaku di Carigold, maka para ahli berebut pula untuk membuat posting agar sentiasa berada di atas. Dan bila ini berlaku, akan kuranglah informasi yang berguna di setiap post tersebut. Kalau rasa tak tahan juga, Section FREE TALK disediakan untuk cakap apa sahaja...

Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan lain-lain forum akan merasa sedikit kekok bila berada di Forum Carigold.. Jangan terlalu ghairah untuk membuat posting. Baca dulu FORUM RULES, tengok-tengok dulu cara ahli-ahli lama membuat posting dan sebagainya...



Sesiapa yang rasa ada kekurangan dari segi penerangan ni, harap dapat tambah atau kemukakan cadangan/pendapat demi kebaikan Carigold.
 
aku selesa sgt dgn cara CariGold dikendalikan
dan aku nak tambah sket
*tukang promo seharusnya boleh dirujuk dan menjawap pertanyaan sekiranya terdapat kemuskylan terhadap site yg d promosikan
*nak promo kalo,biarlah beserta info yg perlu
* lagi baik kalo dpt tunjuk bukti payment

- ruang Hobi n Free Talk paling bes (dpt ilangkan tension bila kena SCAM )

.............long life [CariGold]is da bes........
 
aku sokong sepenuhnya dgn konsep yg cuba diterapkan dalam CariGold nie...
takla pening aku nk membaca... kalau semua nk promote dia nyer link...hilang mood nk membaca pulak....

apa kata kawan2 yg lain?
 
Byk dah forum aku lawat, nengok dan baca.... mmg CG ni agak berbeza
Tapi aku rasa di sini lagi selesa, tersusun, tidak mcm ROJAK (pinjam kata2 Myone)...dan yg lebih penting semua forumers ada classs tersendiri.
Tabik spring sama lu org semua :smt031
 
agreed...dgn cara ni..every members dan visitors will get benefits. Tajuk-tajuk yg spesifik perlu untuk membolehkan satu-satu perkara berkenaan dirujuk. Maklumat dan info perlu diberikan dengan sejelasnya..jgn ada rahsia antara kita uisehhhhh...real..

But most of all..i love the environment at CariGold...ada kelas dan identiti yg tersendiri....caya lah..
 
aku ok aje..bak kata pepatah melayu -->
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang lembu..mengemboo.. :D :D :-D
 
zaniey said:
aku ok aje..bak kata pepatah melayu -->
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang lembu..mengemboo.. :D :D :-D


Masuk kandang harimau.... mengaum ???? :shock: Sempat kah....agaknya rimau tu yg "ngap" ko dulu..hehehehe
 
ada cadangan bang....
buleh buang tak theard yg tak dpt sambutan
contohnya kat Hobbies >> Dart
teda sorang pon yg reply ( sampei bangas/basi daaa )
maknanya teda peminat la tuh ( malu aku beb )
 
Thread tu tak perlu buang.. Kalau ada thread yang baru, maka yg lama akan turun kebawah dan seterusnya ia akan hilang dari pandangan main page...

So.. kalo boring dah tgk thread tu.. rajin2 lar keluarkan post yg baru..


:smt069
 
flywings said:
zaniey said:
aku ok aje..bak kata pepatah melayu -->
masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang lembu..mengemboo.. :D :D :-D


Masuk kandang harimau.... mengaum ???? :shock: Sempat kah....agaknya rimau tu yg "ngap" ko dulu..hehehehe

kena ngap dah dua tiga kali dah..huhu..pastu kena sendiri mau ingat laa.. :D
 
Back
Top
Log in Register