BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternak mungkin kena tindakan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SELAYANG 25 Sept. - Dua penternak lembu yang mengalami kerugian apabila beberapa ekor ternakan mereka mati lemas dalam 'tsunami sampah' di Kampung Sungai Kertas dekat sini, berdepan dengan kemungkinan mengalami kerugian lebih besar.

Di sebalik permintaan mereka agar diberikan bantuan oleh kerajaan negeri, mereka berdepan dengan kemungkinan dikenakan tindakan jika tidak mempunyai kelulusan untuk menjalankan aktiviti penternakan di situ.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, seorang penternak lembu daging dan seorang penternak lembu susu yang membina kandang lembu masing-masing berdekatan tapak pelupusan sampah haram di situ hanya mampu menyaksikan beberapa ekor lembu mereka mati lemas akibat sebuah takungan air pecah.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat 'bukit sampah' di kawasan itu runtuh dan masuk ke dalam kawasan takungan air menyebabkan ia melimpah dan menghanyutkan sampah ke kaki bukit di mana kedua-dua kandang penternak berkenaan berada.

Malah, takungan air itu didakwa dibina oleh penternak berkenaan sendiri dengan mengempang aliran sebatang anak sungai di kawasan berbukit di situ.

Bukit sampah itu runtuh berkemungkinan akibat kebakaran yang berlaku sejak hampir tiga bulan lalu di situ.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Zulkifli Hamzah berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan untuk memberi bantuan ganti rugi.

"Sebelum mempertimbangkan sebarang pampasan kepada mereka, kami akan mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Gombak sama ada mereka mendapat kelulusan.

"Saya jangka pengesahan ini akan dapat diketahui pada Selasa ini kerana sekarang ramai kakitangan (Jabatan Haiwan Gombak) masih bercuti.

"Tetapi dengan MPS, mereka (kedua-dua penternak berkenaan) memang tidak mempunyai lesen," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengenai kerja-kerja yang telah diambil oleh MPS di kawasan itu, beliau berkata, setakat ini lima bangkai lembu dan seekor kambing telah dikeluarkan dan ditanam.

"Kami juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Pegawai Daerah Gombak dan menggazetkan kawasan itu sebagai kawasan bencana," katanya.

Selain itu, ujar beliau, bantuan juga diberikan dengan mengepam keluar air yang bertakung di kawasan kandang dan digunakan untuk memadamkan kebakaran sampah di kawasan itu.

Mengenai tindakan lanjut, Zulkifli berkata, kerajaan negeri sedang dalam proses untuk merampas tanah-tanah yang dijadikan tapak pelupusan sampah haram itu daripada pemiliknya.

"Selain itu, JAS (Jabatan Alam Sekitar) juga akan mengambil tindakan ke atas tuan tanah dan kemudian usaha memulihkan kawasan itu akan dilakukan," jelas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor, Samad Kassim berharap kerajaan negeri dan agensinya mempertimbangkan untuk memberi bantuan terhadap kerugian yang ditanggung oleh kedua-dua penternak terbabit.

"Setakat ini belum ada sesiapa yang datang memberi bantuan. Mereka ini turut menyumbang kepada ekonomi negeri, jadi saya fikir mereka layak mendapat bantuan.

"Kerajaan negeri bersusah payah ke luar negara untuk memikat orang luar melabur di negeri ini. Kami juga pelabur, janganlah kera di hutan disusukan, anak di buaian mati tak kelaparan," ujar beliau sewaktu ditemui di kawasan bencana itu.

Tambahnya, kedua-dua penternak berkenaan telah melabur banyak wang untuk aktiviti berkenaan dan layak untuk diberi bantuan.

Penternak lembu pedaging, Mohd. Sharil Ghulam Nabi, 43, pula berkata, dia belum dapat menganggarkan jumlah kerugian yang dialaminya.

"Lembu-lembu ini adalah untuk bekalan hari raya korban nanti. Sekarang lembu-lembu saya tidak mempunyai makanan dan minuman dan saya jangka ia boleh kehilangan berat sehingga lima kilogram sehari jika bantuan makanan tidak diberikan.

"Saya harap kerajaan negeri membantu saya untuk memulihkan semula penternakan saya," ujarnya.
 
Cian...lembu korban dah terkorban. Minta bantuan mungkin saman yg sampai...cian
 
Adakalanya kerajaan kita ni macam celaka!


 
kena kelususan nak bela lembu ? :))

empangan yg pecah tu nak salahkan lembu tu la yer
 
cittt...saman nak lebih pasal buat kandang haram utk binatang sah dimakan..

tu kandang hidung rata tu punya banyak kat mesia tak saman ker?:(scam:(scam:(scam:(scam:(scam
dahlah bau mcm teruk tu..
 
Sebelum kejadian apa yang MPS dok buat..makan gaji buta kot
 
Back
Top
Log in Register