BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penternak ayam lawan menteri

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Penternak ayam lawan menteri - FLFAM tidak mahu masuk campur selepas diminta turunkan harga ayam

KUALA LUMPUR - "Kita sudah tidak mahu masuk campur lagi berkaitan dengan harga ayam dan sekarang terpulang kepada pembekal serta peniaga untuk menentukan sendiri harga ayam masing-masing.''

Demikian pendirian yang dibuat oleh Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) memberi tempoh sehingga semalam untuk mereka menurunkan harga ayam.

Naib Pengerusi Unit Ayam Daging FLFAM, Yap Kim Wah menyifatkan permintaan kerajaan itu terlalu mendesak dan boleh menjejaskan industri ayam negara kerana ketika ini penternak dan peniaga sudah menjual ayam pada paras harga yang rendah.

Katanya, jika tekanan berterusan itu berlaku, pihak FLFAM enggan lagi bertindak sebagai orang perantara bagi melindungi harga ayam di pasaran.

"Kalau kita turunkan lagi harga ayam, kita akan rugi. Kerajaan sepatutnya melantik pakar bagi mengkaji kos sebenar harga ayam sebelum mengeluarkan apa-apa arahan,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Ismail Sabri, menurut laporan akhbar semalam, telah memanggil persatuan penternak serta pemborong ayam dan memberi amaran supaya harga ayam diturunkan segera selepas mereka membuat keputusan menaikkan harga ternakan itu antara 40 sen hingga 60 sen sekilogram pada Selasa lalu.

Mereka diberi tempoh selewat-lewatnya semalam untuk menurunkan harga ayam dan sekiranya gagal isu terbabit akan dibawa ke mesyuarat Kabinet
 

Attachments

  • 59 KB Views: 87
Datuk Seri Ismail Sabri suruhlah pekerja2 kementerian Datuk Seri dgn kementerian pertanian, ternak sendiri ayam, subsidi banyak2 tu gunakanlah, lepas tu juallah ayam murah2 kat rakyat. Barulah pengusaha ayam ikut turunkan harga nanti.
 
Datuk Seri Ismail Sabri suruhlah pekerja2 kementerian Datuk Seri dgn kementerian pertanian, ternak sendiri ayam, subsidi banyak2 tu gunakanlah, lepas tu juallah ayam murah2 kat rakyat. Barulah pengusaha ayam ikut turunkan harga nanti.

Tak usah suruh org .Kita kena buat sendiri dulu.AKu dah dekat 6 bulan tak beli ayam.Bila ke pasar lalu depan org jual ayam senyum jek.Pastu beli ikan atau daging.lagi pun ragu-ragu dengan pemyembelihan ayam yg byk menipu.Aku pasti bila kita pengguna sendiri yg buat, tak usah bising sana sini.Pemborong ayam pasti tertekan sebab mereka yg control harga sebab mereka org tengah.Penternak kena jual murah.Penjual ayam perlu jual ayam ikut harga yg mereka boleh untuk walaupun pemborong jual mahal.So sapa yg jahat? Pemborong.So kita pulaukan makan ayam jek.
 
kita boikit jangan makan ayam...baru dema tahu ,,,,masalahnyer org tengah ler
 
malaysia ni memang bermasalah sb org tengah tak mcm negara jiran kita
 
harga ayam pun nak naik nanti jadi mcm haritu sar baru peniaga tahu
 
selagi diesel tak turun ke harga asal. jgn harap harga ayam boleh turun.
bengkrap penternak.
menteri mana tau ternak ayam. cakap aje 'turun' sapa pun boleh
 
benarkan kemasukkan daging ayam halal yg tanpa sekatan, biar pasaran yg menentukan harga.
 
sebenarnya kite yg menentukan harga ayam... pk la sendiri:D:D
 
Back
Top
Log in Register