BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENTARAMA Merdeka@HOHO Semarakkan Semangat Patriotik

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,764
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,764
Reaction score
289
Points
146
ac6979094803882fd81623dc7cc86a5c68aa60bb62329

5b5369e2c0146d69c0334cc636ce406d68aa60c9810bd

94a1a245414c6bb923203747411e584b68aa60d64f39d


Program PENTARAMA Merdeka@HOHO yang dibawakan Jabatan Penerangan (JAPEN) tampil sebagai platform unik dan dinamik dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan rakyat menerusi pendekatan lebih dekat dengan masyarakat.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib berkata program itu menjadi pengubah keadaan bagi aktiviti promosi dan publisiti JAPEN apabila ia dilaksanakan dengan kerjasama strategik Perak Transit, iaitu pengendali bas ikonik bumbung terbuka di negeri ini.

“PENTARAMA merupakan cawangan di bawah JAPEN yang mengetengahkan hiburan berinformasi berkonsepkan muzik, tarian, lakonan dan kuiz yang santai tetapi sarat dengan mesej patriotik.

“Melalui pendekatan ini, JAPEN dapat berada lebih dekat dengan rakyat untuk menyampaikan mesej kenegaraan,” katanya kepada pemberita ketika turut serta pada Program PENTARAMA Merdeka @ HOHO Negeri Perak di sini, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) JAPEN Erwin Khairul Ahmad dan Pengarah JAPEN Negeri Perak Yosri Abu Mahsin.

Mazlan berkata edisi kali ini, merupakan tahun kedua penganjuran PENTARAMA Merdeka@HOHO sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM), namun julung kali dianjurkan di Perak dengan sokongan Perak Transit sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Bas PENTARAMA Merdeka@HOHO pada malam tadi berhenti di beberapa lokasi tumpuan termasuk Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Gerbang Malam Ipoh dan Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru dengan pelbagai pengisian menarik dipersembahkan kepada orang ramai.

Antaranya persembahan tarian, nyanyian lagu patriotik, sembang santai mengenai Sambutan HKHM 2025, inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang serta kuiz kenegaraan yang memberi peluang orang ramai berinteraksi secara langsung.

Mazlan berkata beliau berharap program itu bukan sahaja mampu menyemarakkan semangat cintakan negara, malah turut menyokong industri pelancongan tempatan.

 
Bina semula, negara tercinta..
Malaysia bersih, harapkan pagar... Lalalalaa~
 
Back
Top
Log in Register