BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

penny auction .com.my SCAM?

hanamichi baru jer menang bid HP Pavilion Notebook dengan harga 14.83...mana nak cari wei notebook harga 14.00...rasenye mati idup semula pun tk jumpa...brg songlap pun tak dpt harga tu...hehehe:eek:
 
Kalau senang sila ke website tu. Tengok Notebook nih... AlienWare M11x.

Dari semalam aku dah nampak harga tu RM101.29. Masa tuh, 2 org sedang berlawan bidding. Jadi aku ni tengok je la. Pagi ni, I tengok lagi. 2 org yg berlawan bidding masih lagi duk bid. Petang I tengok, sama juga. Malam nih pun I gi tengok, masih sama juga 2 org tuh... Nick 2 org tu:
1. calvin528
2. armawealth

Price skrg untuk notebook itu : RM135.52. Andai 2 nick itu betul-betul orang dan harga yg dibuat naik oleh 2 nick tersebut adalah RM30.00, seorang kurang-kurang nak bid RM15.00 iaitu 1500 bid. Kalau 1 bid = RM1.20 (paling murah), satu orang kurang-kurang telah menggunakan wang RM1800 untuk bid je. Belum tentu dapat lagi.

Untuk sesiapa yg sedang membaca post ini, sila fikir sekali lagi sebelum anda pergi ke site itu untuk mencuba nasib dan membeli bid kat sana. Jangan terperangkap dalam jerat mereka yang ingin menipu dan mencuri duit anda. Sekiranya kedua-dua nick itu betul-betul orang, saya yakin sekali mereka tak kan nak bid segila itu. Atas sebab notebook itu hanya berharga RM3699 pada harga pasaran.

JANGAN BIAR MEREKA MENIPU DUIT ANDA DAN JUGA DUIT KAWAN ANDA. TOLONG SEBARKAN YANG WEBSITE ITU SEDANG MENIPU DAN TIDAK JUJUR LANGSUNG!!!
 
Last edited:
jangan biarkan diri anda diselubungi tanda tanya... sekang dah tumbuh macam cendawan plak program macam nie... ahaks

prevention better than cure... kes poket rabak:D
 
camni. semua seller dalam industri online dia tak nak jual barang dia secara rugi. so, dia akan ada 1 lagi acc untuk grab benda tu.
 
yang ni xnak check kesahihan halal or haram ?...kalau bid kat lelong, xkena bayar...nie kena bayar untuk beli bid...pastu burn if lose....
 
maksud aku kt lelong,xpayah beli bid2 yg nk duit customer...
 
tak suka la pennyauction sbb byk sgt robot2 kat sana.....tunggu nak ngappp org je.
 
mengikut analisis aku syarikat tue sebenarnya untung gile-gile bagi setiap lelongan. Bayangkan TV Plasma harga RM3k, tapi seramai 2324 bids , satu bid purata RM 2 ke 3. RM 3 X 2324 = RM 6972 kihkihkih
 
ni bukan scam. cuma ramai org blom biasa dengan konsep bid mcm ni.
 
Back
Top
Log in Register