Kalau senang sila ke website tu. Tengok Notebook nih... AlienWare M11x.
Dari semalam aku dah nampak harga tu RM101.29. Masa tuh, 2 org sedang berlawan bidding. Jadi aku ni tengok je la. Pagi ni, I tengok lagi. 2 org yg berlawan bidding masih lagi duk bid. Petang I tengok, sama juga. Malam nih pun I gi tengok, masih sama juga 2 org tuh... Nick 2 org tu:
1. calvin528
2. armawealth
Price skrg untuk notebook itu : RM135.52. Andai 2 nick itu betul-betul orang dan harga yg dibuat naik oleh 2 nick tersebut adalah RM30.00, seorang kurang-kurang nak bid RM15.00 iaitu 1500 bid. Kalau 1 bid = RM1.20 (paling murah), satu orang kurang-kurang telah menggunakan wang RM1800 untuk bid je. Belum tentu dapat lagi.
Untuk sesiapa yg sedang membaca post ini, sila fikir sekali lagi sebelum anda pergi ke site itu untuk mencuba nasib dan membeli bid kat sana. Jangan terperangkap dalam jerat mereka yang ingin menipu dan mencuri duit anda. Sekiranya kedua-dua nick itu betul-betul orang, saya yakin sekali mereka tak kan nak bid segila itu. Atas sebab notebook itu hanya berharga RM3699 pada harga pasaran.
JANGAN BIAR MEREKA MENIPU DUIT ANDA DAN JUGA DUIT KAWAN ANDA. TOLONG SEBARKAN YANG WEBSITE ITU SEDANG MENIPU DAN TIDAK JUJUR LANGSUNG!!!