BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjualan Rumah PPR di WPKL

clorox_bersih

Legendary Member
gem
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
44
Points
120
salam kepada forumers sekalian alam..aku tak pasti thread ni dah ada ke belum,tapi just nak berkongsi pandangan je dengan geng2 sekalian...

seperti yang kite dah tahu,kerajaan telah mengumumkan akan tawaran penjualan rumah2 PPR dan rumah pangsa DBKL kepada
penyewa2 yang menghuni di rumah DBKL..
menurut kerajaan,itu adalah hadiah kepada rakyat dimana,kite setiap rakyat kini mampu untuk menduduki rumah sendiri..
harga yang bakal ditawarkan adalah dari RM 27 k untuk rumah 1 bilik,
dan +- 35 k untuk rumah 2 bilik..
well,harganya memang lah kalau ikut pada situasi pasaran sekarang,murah..tapi.di sebalik penjualan yang bakal berlaku ini,
terdapat banyak masalah yang akan timbul..antaranya...

1) Loan bank - berapa ramai yang akan lulus untuk ini?
2) Secara kasarnye,purata bayaran bulanan +-RM200,mampu ke??sedangkan kadar sewa sekarang rm 124 pun ramai yang tertunggak.
3) Maintenance ?? sape nak buat?? Klu DBKL dah jual,takkan diorang nak amik kisah lagi..klu nk buat pun,pasni penghuni kene bayar maintenance..mampu ke wei???
4) yang tak mampu nak beli,macam mana??

well,itu adalah antara 3 perkara paling utama yang perlu di ambil kira..
ya,memang aku dok kat rumah PPR dan masih belum bekerja,dan dalam rumah aku belum ada yang layak memandangkan semuanya masih belajar dan bapak aku dah tak keje..
so far, aku pun tak dapat lagi full info tentang penjualan rumah ni,
cume hari tu aku borak2 dengan pakcik aku,die yang bangkitkan perkara ni..
die keje di pejabat parlimen kat KL ni,so memang masalah paling banyak adalah melibatkan rumah pangsa @ apartment..
bayangkan klu yang bli tu,tetibe lak kene buang keje,3 bulan tak dapat bayar,
komfem kene halau dengan bank....klu dengan DBKL masih ada lagi
tolak ansurnye...hmmm...

rakyat di dahulukan,pendapatan di utamakan
 
kene keje dgn dbkl ke baru bleh beli ni? hehe..
aku xtau la syarat2 dia.. rm35k bleh thn murah tu
 
kene keje dgn dbkl ke baru bleh beli ni? hehe..
aku xtau la syarat2 dia.. rm35k bleh thn murah tu

35k memang dikira murah...tapi brapa ramai golongan penyewa PPR
sekarang yang mampu untuk beli rumah ni??
sedangkan sewa bulanan sekarang pun masih ramai yang tertunggak
 
Aku yang keje DBKl ni pun tak dpt nak menyewa. Aku rasa dijual pada penyewa rumah berkenaan sahaja. Pasal masalah lepas jualan kalo ko tanya aku 1 je yang paling penting. Kerosakkan lif akibat vandalisma. Kos pembaikkan memang tinggi. Skang DBKL ok lagi....bila DBKL dah jual...aku rasa banyak masalah timbul sebab bukan semua akan bayar duit maintennace.
 
Back
Top
Log in Register