BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjenayah Ditembak Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembakan Dengan Polis Di Dengkil

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang lelaki disyaki penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, dekat sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk M Kumar berkata kejadian berlaku pada 8.10 malam ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) menjalankan operasi mengesan dan mencegah kes samun di sekitar Banting, Dengkil dan Sepang, dekat sini.

Beliau berkata ketika rondaan menggunakan kenderaan pasukan, anggota D9 terserempak sebuah Perodua Myvi berwarna perak dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika pasukan serbuan cuba menahan, tiba-tiba suspek telah bertindak melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah pasukan polis. Pasukan polis telah membalas tembakan sehingga tiada ancaman keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar berkata suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi dan siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai warga tempatan, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemukan sepucuk senjata api jenis Colt 45, tujuh paket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah dan tiga butir peluru,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan.

 
aku heran pemberita bahbbi nie...nama taknak letak..kaum ape taknak letak..ko kaber aper sebenarnya lahanat?ini malaysia kalau dah bangsa pendatang tue ko letak jer nama n muka dia depan media...ape kau nak takut lahanat?ini tanah melayu bukan bangsa pendatang ko perlu takut baruahh...kalau melayu sampai atuk nenek suku sakat ko letak nama ngan muka kan?mcm siyall punya perangaii
 
aku heran pemberita bahbbi nie...nama taknak letak..kaum ape taknak letak..ko kaber aper sebenarnya lahanat?ini malaysia kalau dah bangsa pendatang tue ko letak jer nama n muka dia depan media...ape kau nak takut lahanat?ini tanah melayu bukan bangsa pendatang ko perlu takut baruahh...kalau melayu sampai atuk nenek suku sakat ko letak nama ngan muka kan?mcm siyall punya perangaii

klu kt selangor kejadian biasa india atau cina

klu kat golok sek2 kito

mudah jer nak jawap teka teki ni
 
Jalan Banting-Dengkil ni agak sunyi pada waktu malam.
Kalau ada kereta bawa macam samseng macam potong double line, korang ignore je.
Takut kalau dilayan, nanti berparang pulak.
Satu lagi, area tu banyak lorong tikus kalau penjenayah nak larikan diri.
 
Back
Top
Log in Register