BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENIPUAN TAWARAN KERJA Di RUMAH

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
PENIPUAN TAWARAN KERJA Di RUMAH


580318_580767841978052_1218283132_n.jpg


SCAM ALERT: Pernahkah anda melihat atau terbaca iklan menawarkan pekerjaan menarik yang boleh dilakukan di rumah? Pekerjaan tersebut menawarkan gaji lumayan dan kerja yang ditawarkan adalah mudah seperti menaip dan mengisi katalog dalam sampul surat.

Kegiatan ini merupakan teknik penipuan oleh sindiket untuk menjerat mangsa yang ingin mencari rezeki sampingan, suri rumah yang ingin bantu meringankan beban tanggungan keluarga dan individu yang mudah tertarik dengan tawaran lumayan.

Modus Operandi
1. Suspek masukkan iklan kecil dalam akhbar harian untuk menarik perhatian mangsa
2. Suspek menggunakan alamat palsu / tidak wujud, pejabat kosong, pejabat orang lain atau alamat peti surat perkhidmatan pos agar identiti serta kegiatan mereka sukar dikesan
3. Orang yang tertarik boleh terus hubungi syarikat terbabit melalui telefon bimbit atau SMS
4. Suspek akan minta nama dan alamat mangsa untuk mengirimkan borang pendaftaran
5. Mangsa diminta masukkan wang deposit (wang pendaftaran kerja) ke dalam akaun syarikat atau dibayar melalui kiriman wang, cek serta wang pos
6. Mangsa kemudiannya perlu mengirim borang pendaftaran yang diisi bersama slip bank ke alamat syarikat berserta dengan satu sampul kosong bersetem
7. Setelah mangsa kirim semua dokumen diminta, suspek akan hilangkan diri​

Nasihat polis
1. Jangan mudah percaya dengan iklan yang disiarkan terutamanya yang meminta berhubung melalui telefon bimbit atau SMS
2. Dapatkan pengesahan perkhidmatan tawaran syarikat daripada Kementerian Sumber Manusia
3. Dapatkan khidmat nasihat daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
4. Waspada akan teknik membuat bayaran dahulu, sebelum mendapat atau menerima sebarang perkhidmatan atau kerja yang ditawarkan​





 
Pernah jugak aku kena benda ni:(scam Tapi, aku dh jumpa caranya yang betul2 boleh kerja dari rumah:D
 
banyak sangat benda2 camni sekarang
 
Kalau yang hidup dalam kesempitan pasti ada yang akan terbuat juga kerana tak berfikir panjang lagi... Banyak betul kes penipuan yang berlaku sekarang ni...

Kalau jumpa kerja di rumah yang baik pasti hidup akan lebih bahagia dan bebas...
 
skim macam ni pun ada rebranding jugak so pemikiran kita mesti mau rebranding juga agar tidak mudah terpedaya dengan yg seumpamanya....

google ajah dehh
 
Nak keje kene bay0r..
0rg keje dulu br bay0r..
 
Pernah jugak aku kena benda ni:(scam Tapi, aku dh jumpa caranya yang betul2 boleh kerja dari rumah:D

bro, kasi share ape sumber pendapatan yg leh buat dari rumah tu..
nak tau jugak..tapi jgn scam pulak ye :D
 
kalau dia kena kan yuran RM50 seorg, iklan dia masuk paper , 50,000 org yg bace iklan dia di seluruh malaysia berminat dan anta kat dia RM50 = RM2,500,000.00.
 
Back
Top
Log in Register