BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipuan Jual Beli Emas

cikgusimple

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
2,747
Joined
Sep 17, 2010
Messages
2,747
Reaction score
552
Points
71
Tipu emas

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
[email protected]


IPOH: Penipuan sukar dikesan apabila ada pemilik kedai barang kemas didapati sengaja menjual emas murah kepada orang ramai dengan mendakwa ia emas gred 916 menyebabkan ramai terpedaya.

Kebanyakannya mangsa yang tidak pakar berhubung kualiti emas ini, ditipu `bulat-bulat’ dan membayar harga tinggi bagi gred emas murah yang dijual terutama ketika musim perayaan.


Terbaru seorang anggota Polis Gerakan Am (PGA), Mohd Zaidi Zaid, 27, menjadi mangsa apabila dia dan isteri, Salimah Jaafar, 27, membeli anting-anting emas di premis menjual emas berhampiran pusat beli belah di sini.

Mangsa berkata, dia dan isteri ditunjukkan anting-anting emas pemilik premis yang didakwa ia emas tulen gred 916 berharga RM290.


“Saya dan isteri yang menyangka emas itu gred tinggi, membelinya sebelum diberikan sijil dan resit lelaki berkenaan.


“Penipuan hanya terbongkar apabila kakitangan Ar-Rahnu sebuah bank di sini melakukan pemeriksaan dan mengesahkan emas terbabit bukan dari gred 916,” katanya.

Menurutnya, dia meminta penjelasan pemilik kedai emas terbabit namun tidak mendapat jawapan memuaskan.


“Berikutan itu saya segera ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Ipoh untuk membuat aduan berhubung kes itu bulan lalu,” katanya semalam.

Difahamkan, penolong pegawai penguatkuasa KPDNKK telah menghantar anting-anting emas itu ke Jabatan Mineral Dan Geosains Perak untuk dianalisis dan Jabatan Mineral Dan Geosains mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 Mei lalu, bahawa anting-anting berkenaan adalah emas gred 850 dan 870.


Berikutan penipuan itu, KPDNKK mendakwa pemilik kedai emas berusia 40-an itu kerana kesalahan cuba menipu serta memalsukan maklumat pembelian kepada pelanggan. Susulan itu, Presiden Tribunal Pengguna, Quaik Chong Yu yang mengadili perbicaraan kes itu pagi semalam, menangguhkan kes tuntutan mangsa sehingga kes tertuduh dengan KPDNKK menemui jalan penyelesaian.
 
ye, itulah antara risiko bila beli bukan kat kedai #:-S

risiko beli kat ejen, kalau ejen kaki tipu, atau ejen beli dari kedai kaki tipu #:-S

ni juga salah satu sebab aku pilih gold investment acc kat bank aje, lagi murah, takde risiko kena tipu, takde risiko hilang/tak jumpa cari bila nak jual :)paid
 
oh ye, gold close lower semalam, tapi masih tinggi banding selasa, masih bagus utk beli (beli kat bank acc gold je) pada harga yg masih agak murah :p
 
ye, itulah antara risiko bila beli bukan kat kedai #:-S

risiko beli kat ejen, kalau ejen kaki tipu, atau ejen beli dari kedai kaki tipu #:-S

ni juga salah satu sebab aku pilih gold investment acc kat bank aje, lagi murah, takde risiko kena tipu, takde risiko hilang/tak jumpa cari bila nak jual :)paid


bro..tk baca betul2 ye..

penipuan tu di kedai emas :D
 
beli emas maya (akaun simpanan emas) adalah haram..jgn ajak org lain ikut sama jejak kita buat bnda haram..klu tk tau sbbnya..kaji balik pasal syarat sah jual beli..agama ttp no 1..bukan untung no 1..

klu tk tkut dosa..pi la bank..beli nombor..

apa perasaan korang..pegi kedai tom yam..order tom yam..dpt kertas tulis tom yam ?
 
haah.. ade sesetengah kedai emas mmg camtu.

kalau bank x terima, maknanya emas tu x ori atau ori tp x bernilai .
 
kalau mcm tu ramai la tertipu kat mesia ni. emas 850/870 tapi depa kata 916. masalahnya pembeli mana tau itu gred apa just refer tag emas dan bergantung pada jurujual je.
 
haah.. ade sesetengah kedai emas mmg camtu.

kalau bank x terima, maknanya emas tu x ori atau ori tp x bernilai .

statement atas tu betul..yg bwh kurang tepat sikit..

emas ni wpun ory..ia bukan ditentukan oleh bank..sbb bank pun skrg ni..dh mcm nk sekat pengeluar emas fizikal dgn mcm2 cara..wpun emas tu mmg cnfirm ory..

klu ory=pasti bernilai
 
Back
Top
Log in Register