BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipu siber

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU: Gian membeli barangan terpakai di Internet dan cair dengan janji manis peniaga online, seorang penolong penerbit stesen televisyen swasta di Petaling Jaya berputih mata apabila penjual kamera digital idamannya tidak muncul selepas wang pendahuluan dimasukkan ke akaun lelaki terbabit.
Malang bagi Mohd Yuzri Mohd Noh, 38, bukan saja wang pendahuluan RM200 yang dibayar kepada lelaki dikenali sebagai Raman menerusi akaun Maybank bernombor 151212992308 pada 29 Jun lalu lesap selain kerugian dari segi masa, tenaga dan wang kerana terpaksa memandu ke bandar raya ini dari Lembah Klang.


Menurut Mohd Yuzri, dia sangat kecewa kerana hasrat memiliki kamera digital berjenama Nikon D90 yang dilihat dalam iklan di Internet tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan peniaga on-line yang menawarkan harga murah berbanding pasaran.


“Saya tidak menyangka niat membeli kamera berikutan tertarik dengan harga lebih murah dari pasaran di kedai menyebabkan saya menjadi mangsa tipu.


“Saya sering membeli barangan terpakai kerana harga murah dan kualitinya, malangnya nasib tidak menyebelahi saya kali ini. “Apa yang dikesalkan bukan saja kerugian wang, malah masa dan tenaga turut terbuang kerana memandu dari Selangor ke Johor Bahru, semata-mata mahu mendapatkan kamera terbabit dari lelaki itu,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.


Menurutnya, dia hanya mengenali lelaki berkenaan menerusi perniagaan on-line pada 22 Jun lalu ketika melayari Internet untuk mencari barangan terpakai dan tertarik dengan tawaran harga diiklankan seorang lelaki India.


Yuzri mendakwa, sebelum datang ke Johor, mereka berbincang melalui telefon untuk sesi pertemuan di Ulu Tiram Johor menerusi talian telefon yang tertera dalam iklan on-line berkenaan.


“Lelaki itu memberitahu dia pemilik kedai kamera di Ulu Tiram selain turut memberi tawaran harga RM2,500 untuk kamera yang tidak sampai setahun digunakan.


“Kami bersetuju berjumpa di Ulu Tiram, namun pada 29 Jun lalu ketika saya menelefonnya, dia memberitahu supaya bertemu di kompleks Kotaraya di pusat bandar selain turut mengarahkan saya memasukkan sejumlah wang pendahuluan ke akaunnya,” katanya.


“Saya sampai di tempat dijanjikan semalam (kelmarin) pada jam 2.30 petang serta menunggu hampir tiga jam, namun lelaki itu langsung tidak muncul menyebabkan saya mula berasa ada sesuatu tidak kena.


Menurutnya, selepas menyedari diperdayakan, dia membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini, kira-kira jam 5.14 petang sebelum pulang ke Selangor.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa.
 
Hai...ade jugak kes parah mcm ni,..sure mangsa jenis tak baca surat khabar sgt, layari internet(berita CG)...tgk berita kat tv....tiap2 hari berita camni keluar leer

Kesian buyer tu dow!
 
byk kes tipu dalam tenet ni...
 
hati2 la beli barang online. Kat mudah dah byk gak scammer...
 
dah bagi no maybank takkan tak bleh tangkap lagi pesalah tu..
 
Salam.... tu sbnya tmn malas nak beli brg melalui internet da
 
Back
Top
Log in Register