TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
PORT DICKSON: Seorang pemilik sebuah kedai telefon bimbit di bandar ini, cedera parah, ditetak ketika bergelut dengan dua perompak, hari ini
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun bersama adik perempuannya berada dalam kaunter kedai itu
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Adzli Abu Shah, berkata dua lelaki datang ke kedai itu dan berpura-pura hendak membeli telefon bimbit
Katanya, seorang daripada dua lelaki terbabit, tiba-tiba mengambil sebuah beg di atas kaunter menyebabkan mangsa bergelut dengannya untuk merampas semula beg itu
"Seorang lagi lelaki kemudian menetak kepala mangsa dan mereka melarikan diri bersama beg itu yang dipercayai mengandungi barang berharga," katanya di sini, hari ini
Adzli berkata, dua suspek terbabit menunggang sebuah motosikal Honda EX5 hitam, manakala mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, untuk dirawat
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha sedang dilakukan untuk memburu kedua-dua suspek