BTC USD 92,462.6 Gold USD 3,333.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Peniaga petai tular dapat ganti rugi

Sponsored Post

4faa2352ff57212005bdc10eca56613467e2616976e9f

14e0981ae90db97a1f750c46b7389ba367e261539eaea

Astiah Yaakob

Peniaga petai Mohd Noor Saad atau dikenali sebagai “Pak Cik Petai” menerusi video tular di media sosial beberapa hari lepas, hari ini cukup gembira, selepas mendapat tahu isterinya mendapat tajaan Hospital Columbia Asia dekat sini bagi menjalani rawatan katarak mata kiri pada 10 April ini.

Mohd Noor, 67, tidak menyangka selepas tular kisah kesusahannya menjual petai dan membuat kerja kampung di Port Dickson bagi mengumpul duit untuk merawat mata isterinya Astiah Yaakob, 63, mendapat perhatian pelbagai pihak hospital swasta sehingga di Putrajaya.

“Terima kasih kepada pihak hospital sudi membantu kesusahan pak cik, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki, saya memang orang susah.

“Saya hanya melakukan kerja kampung untuk mengumpul duit merawat mata isteri saya ini. Saya sendiri juga ada penyakit darah tinggi dan kencing manis,” katanya kepada pemberita selepas menerima konsultasi rawatan di Hospital Columbia Asia di sini.

Sementara itu Astiah yang merupakan warga Indonesia berstatus penduduk tetap bersetuju menerima rawatan percuma ditawarkan hospital swasta itu kerana berdekatan dan menjimatkan kos perjalanan.

Ibu kepada dua anak itu berkata dia pernah menjalani rawatan katarak bahagian mata kiri di Hospital Tuanku Ja’afar’ (HTJ) pada tujuh tahun lepas dan ketika itu doktor merawat menyarankannya menjalani pembedahan kedua-dua belah mata, namun akibat kekangan kewangan, pihak hospital membantu merawat mata kiri dahulu kerana keadaan lebih serius.

“Doktor ketika itu bersetuju membantu merawat mata kiri ini, selepas melihat daripada keadaan kesihatan saya dan kewangan suami, Alhamdullilah keadaan mata baik, namun selepas pembedahan, saya dan suami masih lagi berusaha mencari duit bagi rawatan mata kanan pula,” katanya.

Sementara itu Perunding Oftalmologi, Pakar Retina Perubatan dan Uveitis Dr Sangeeta Kuganasan berkata keadaan mata kiri Astiah selepas pembedahan pertama itu dalam keadaan baik, namun mata kanan memerlukan pembedahan segera kerana selaput mata semakin tebal.

Beliau berkata kos rawatan ditanggung pihak hospital antara RM3,800-RM4,000 dan tempoh pembedahan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

 
bd9e5f3952caab277b6e15b5f87ada0a67f79d05b905b

Kredit: Hospital Columbia Asia, Seremban

Isteri kepada peniaga petai Mohd Noor Saad atau dikenali sebagai 'pak cik petai' susulan video tular di media sosial bulan lepas, selamat menjalani pembedahan katarak pada mata kanan hari ini.

Astiah Yaakob, 64, yang menjalani pembedahan itu di sebuah hospital swasta di sini pagi tadi, bersyukur kerana pembedahan berjalan lancar dan berterima kasih kepada mereka membantunya.

"Sebelum ini mata kiri sahaja boleh nampak dengan jelas manakala mata kanan akan berair dan kabur jika memandang lama. Insya-Allah selepas ini penglihatan akan bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas tamat pembedahan hari ini.

Mohd Noor, 67, ketika ditemui menzahirkan rasa syukur kerana niat merawat mata isterinya dapat dilaksanakan dalam masa singkat, membolehkan isterinya itu melakukan rutin harian dengan lebih baik selepas bertahun-tahun bertahan dengan penglihatan yang kabur.

Beliau berkata operasi pembedahan katarak menggunakan laser itu dapat dilakukan segera hasil keprihatinan ramai dan bantuan pelbagai pihak terutamanya dari hospital terlibat.

Sementara itu Pakar Perunding Oftalmologi, Retina Perubatan dan Uveitis Hospital Columbia Asia Dr K. Sangeeta berkata katarak mata kanan Astiah berada pada tahap kritikal, serius dan keras.

“Bagaimanapun pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi dalam tempoh 30 minit dan kita berharap beliau dapat menjalani kehidupan lebih baik dengan penglihatan lebih terang selepas ini,” katanya.

Kisah Mohd Noor menjual petai bagi mengumpul wang untuk pembedahan mata isterinya diketahui ramai susulan penularan video yang memaparkan dia mencampak petai ke atas jalan sebagai protes kerana dihalang berniaga oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) .

Bagaimanapun perselisihan faham itu selesai secara baik selain Mohd Noor juga menerima sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai ganti rugi petai tidak dapat dijual pada hari kejadian.

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register