BTC USD 92,462.6 Gold USD 3,333.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Peniaga petai tular dapat ganti rugi

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,797
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,797
Reaction score
6,913
Points
881
Awards
1
[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi


Tangkap layar video peniaga petai tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa.
PETALING JAYA – Peniaga petai yang tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi susulan kerugian ditanggungnya.

Ganti rugi tersebut adalah sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran kepada peniaga petai itu, Mohd. Noor Saad.


Dr. Rajasekaran (kiri) semasa lawatan di rumah Mohd. Noor (dua dari kiri) di rumahnya bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Menerusi hantaran Facebook Dr. Rajasekaran, pihaknya telah mengadakan lawatan ke rumah Mohd. Noor bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

“YB menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Datuk Seri Aminuddin bagi mengganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini.

“Hasil perbincangan, pihak MPPD ( Majlis Perbandaran Port Dickson) bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah,” menurut hantaran itu hari ini.

Semasa lawatan ke rumah Mohd. Noor, ia turut dihadiri oleh Yang di-Pertua MPPD, Hasnor Abdul Hamid, Setiausaha MPPD, Mohd. Azizul Hakim, Unit Penguat Kuasa, Unit Perlesenan serta Ahli Majis Perbandaran, A. Segaran.

“Selain itu, Pegawai Penguat Kuasa MPPD iaitu Encik Kamarul juga hadir ke rumah Pak Cik Noor dan bersalaman sebagai tanda penyelesaian isu ini.

“Kami berharap langkah ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua pihak. Pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini secara diplomasi dan mesra. Semoga kejadian ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan untuk menangani isu-isu komuniti dengan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, tular video seorang penjual petai yang tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa.

Berikutan itu, orang ramai bersimpati dengan lelaki tersebut selain mengkritik pihak penguat kuasa berkait kejadian itu. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

0a9566ad68d3cce0340a8963cc7f190967de9cab417e0

fb DrRajasekaran

Perselisihan faham antara 'Pak Cik Petai' dengan penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) berhampiran sebuah pasar raya di sini yang tular di media sosial baru-baru ini, telah diselesaikan secara baik dan harmoni.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Tanjung Dr G.Rajasekaran menerusi catatan di Facebooknya  berkata MPPD bersetuju untuk memberikan lesen sementara kepada peniaga petai berkenaan, Mohd Noor Saad untuk menjalankan perniagaan secara sah.

Beliau berkata Yang Dipertua MPPD Hasnor Abd Hamid dan peguat kuasa terlibat juga sudah bertemu peniaga itu di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang di sini malam tadi.

“Pertemuan ini dapat meredakan ketegangan dan memberikan penyelesaian yang adil kepada semua dan pihak MPPD juga akan terus memantau situasi bagi memastikan tiada lagi isu seumpama ini berlaku pada masa hadapan," katanya.

Rajasekaran berkata pihaknya turut menyampaikan sumbangan, mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai ganti rugi petai yang tidak dapat dijual semalam.

Terdahulu tular sebuah video memaparkan peniaga petai itu mencampak beberapa petai yang dijualnya ke atas jalan.

Tindakan itu dipercayai sebagai protes selepas dihalang berniaga oleh penguatkuasa MPPD dan diarah untuk menghentikan perniagaan yang dibuat di kawasan parkir berhadapan sebuah pasar raya.

 
6265067931843019166_121.jpg

6265067931843019165_121.jpg

6265067931843019164_121.jpg




Pak cik petai’ diberi beras, duit, anggap kejadian ada hikmah

PORT DICKSON – ‘Pak cik petai’ yang tular sejak semalam bersyukur kejadian tidak diingini itu memberi hikmah buat mereka sekeluarga.


Katanya yang menetap di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang, sebelum itu dia sudah ditegur penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk tidak berniaga di lokasi berkenaan, namun masih melayan pelanggan.

“Selepas itu saya beredar dan kembali berhenti di tapak parkir pula. Saya bukan berniaga selalu pun, cuma masa musim petai sahaja. Sasaran saya rezeki orang keluar masuk membeli di pasar raya.

“Alhamdulillah, walaupun kejadiannya begitu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran dan Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid telah datang menziarah saya di rumah pukul 9 malam semalam.

“Ada yang beri beras, ada yang beri duit, malah mereka juga menyatakan akan membuat lawatan susulan ke rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pada masa terdekat bagi tujuan baik pulih.

“Harap semua pihak bertenang kerana kes sudah pun selesai. Kadangkala kita tak tahu dari satu peristiwa itu Allah nak bagi hikmah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia baru sahaja kira-kira enam hari berniaga petai di kawasan Sunggala Gateway dengan membawa kira-kira 25 ikat petai bernilai RM10 setiap seikat.

“Bagaimanapun, jika ada yang mahu beli RM5 saya akan bagi ikut bajet. Saya mudah tolak ansur itu sebab mereka suka membeli dengan saya selain jualan rumah ke rumah,” katanya.

Menurutnya lagi, dalam kejadian tersebut, dia yang kembali meniaga di situ dihampiri penguat kuasa yang masih meronda di kawasan yang sama dan diminta MyKad serta dimaklumkan barang niaganya akan dibawa ke pejabat bagi tujuan pembuktian.

“Itu yang saya buang daripada beri kepada mereka dan kena bayar saman pula. Untung meniaga ni pun tak seberapa cuma untuk keperluan saya serta isteri yang bertaraf penduduk tetap,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Artikel ➡️ Kosmo
 
[VIDEO] 'Saya niaga untuk kumpul duit pembedahan mata isteri' - 'Pak cik petai'

SYAMILAH ZULKIFLI
PORT DICKSON - Peniaga petai yang videonya tular sejak Jumaat memaklumkan dia berniaga kerana mahu mengumpul dana untuk pembedahan mata isteri.

Mohd Noor Saad, 67, berkata, dia bukannya berniaga setiap hari kerana bergantung kepada bekalan petai diperolehnya.

"Petai ini ikut musim dan saya beli daripada Orang Asli di Kuala Pilah. Dapatlah duit sikit-sikit untuk sara diri dan isteri.

"Selain petai, ada kalanya saya jual pucuk ubi kerana nak kumpul duit untuk kos pembedahan mata isteri yang tak nampak disebabkan masalah katarak," katanya ditemui Sinar Harian di rumahnya Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang pada Sabtu.

Mohd Noor menunjukkan motosikal yang digunakan nya untuk berniaga petai.
Mohd Noor menunjukkan motosikal yang digunakan nya untuk berniaga petai.

Jelas bapa kepada dua anak itu, biasanya dia akan membawa 30 ikat petai yang akan dijual enam keping pada harga RM10.

Menurutnya, selagi mempunyai tulang empat kerat, dia akan terus berusaha mencari rezeki tanpa perlu menyusahkan anak-anaknya.

Ini kerana katanya, anak lelakinya hanya bekerja biasa manakala anak kedua suri rumah dan kedua-duanya telah pun berkahwin.

Mohd Noor menunjukkan borang permit berniaga sementara diberi MPPD.

"Jadi saya tak mahu menyusahkan mereka dan saya juga dapat bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)," katanya.

Sementara itu, dia berharap isu yang berlaku tidak terus dipanjangkan kerana pihak Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD) bersama penguat kuasa terlibat telah pun datang ke rumahnya bagi menjernihkan keadaan.

Malah ujarnya, dia turut ditawarkan MPPD permit berniaga sementara selain diberikan sumbangan kewangan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Masa kejadian itu memanglah saya dalam keadaan marah, tapi apabila pulang ke rumah hati saya dah tenang.

"Saya pun tak sangka ada orang rekod kejadian berlaku dan tularkan. Jadi saya berharap orang ramai bertenang kerana kes telah pun selesai dan saya pun telah terima apa berlaku," katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya apabila pelbagai pihak datang menghulurkan bantuan termasuk wakil rakyat

Tambahnya, ada juga yang datang ke rumahnya untuk mengetahui cerita yang sebenar.

Mohd Noor tinggal di rumah tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Sebelum ini tular video seorang peniaga bertindak membuang kesemua barang jualannya di jalan raya sebagai tanda proses kerana tidak dibenarkan berniaga petai menggunakan motosikal.

Kejadian itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet, dengan majoriti meluahkan rasa simpati terhadap lelaki itu.

Ada juga netizen yang meminta MPPD menggunakan budi bicara kerana lelaki tersebut bukan berniaga dengan mendirikan khemah di tepi jalan, sebaliknya hanya menjual barangan menggunakan motosikal.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register