BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengusaha kasut bundle berputih mata.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
RAWANG - Pengusaha kasut bundle yang menjadikan kaki lima sebuah bank di sini sebagai tempat berniaga berputih mata apabila barang jualan mereka disita penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan malam kelmarin.

Penolong Pegawai Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, sebelum ini penjaja tersebut hanya berniaga pada hujung minggu sahaja, namun sambutan yang memberangsangkan menjelang musim perayaan menyebabkannya berani berniaga pada hari biasa.

Menurutnya, menjadikan kawasan itu sebagai tempat menjaja membawa kepada gangguan dan halangan trafik di pinggir jalan apabila pembeli meletakkan kenderaan di kawasan tidak sepatutnya.

“Bertindak hasil aduan awam, sepasukan penguat kuasa MPS terdiri dua pegawai dan 16 anggota dari zon Rawang serta unit khas telah menyerbu tapak kerana berniaga tanpa permit di kawasan larangan.

“Sebelum ini amaran tidak dibenarkan berniaga di kawasan larangan telah dibuat malahan kita telah beri peluang kepada peniaga tersebut mengemaskan jualan, namun mereka berdegil dan ingkar arahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam operasi itu katanya, sebanyak 14 guni mengandungi lebih 1,000 pasang kasut pelbagai jenama dirampas.

“Tindakan adalah di bawah undang-undang kecil 3 penjaja (MPS) 2007 kerana menjaja tanpa permit dan perlu menjelaskan RM1,000 untuk menuntut kembali barangan tersebut.

“Pihak jabatan akan sentiasa memantau aktiviti trending kasut bundle di tempat awam yang semakin menjadi-jadi, terutama di hadapan bank,” katanya.

Sebelum ini katanya, hanya di pasar dan dalam kedai sahaja mereka berniaga, namun sambutan menggalakkan di tempat terbuka mendorong mereka berani berniaga di situ.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pengusaha-kasut-bundle-putih-mata-1.303234


image.jpg
 
Ye ye ye.. dogil.bebenau.. kan dah kono..
 
Bukan kat selayang je.. Byk tempat2 lain pun ada jual bundle ditempat yg tak sepatutnya..

Kalau ada ahli CG dari majlis perbandaran yg lain sila buat kerja ye.. :)cgrock
 
nasib la melayu, nak berniaga dlm kompleks tak mampu.
 
Baru aman jalan itu.
RAWANG - Pengusaha kasut bundle yang menjadikan kaki lima sebuah bank di sini sebagai tempat berniaga berputih mata apabila barang jualan mereka disita penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan malam kelmarin.

image.jpg
 
nasib la melayu, nak berniaga dlm kompleks tak mampu.

bkn x mampu sengaja x mo...ada peniaga uptown bleh pakai vellfire..estima..tp nk sewa kdai terketat lutut..x mcm kaum lain bleh sewa kedai tp keta biasa2 aje...besa la melayu untung mau besaq..:">
 
Back
Top
Log in Register