Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,877
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,877
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Pengerusi Eksekutif Econas Resource To Energy Sdn Bhd (ER2E), Datuk Mohd Shafiee Mohd Sanip, menegaskan bahawa pengurusan sisa terjadual adalah isu kritikal yang memerlukan perhatian serius Kerajaan Negeri Johor, selaras dengan pertumbuhan pesat sektor industri dan pelaburan.
Pengurusan sisa terjadual merupakan isu kritikal yang memerlukan perhatian serius Kerajaan Negeri Johor sejajar dengan pertumbuhan pesat industri dan pelaburan, khususnya dalam sektor minyak dan gas, petrokimia serta pembuatan.
Pengerusi Eksekutif Econas Resource To Energy Sdn Bhd (E2RE) Datuk Mohd Shafiee Mohd Sanip berkata sebagai antara negeri perindustrian terbesar negara, Johor berdepan risiko tinggi terhadap keselamatan awam dan alam sekitar sekiranya sisa berbahaya tidak diurus secara sistematik dan berdekatan dengan sumber penghasilannya.
“Johor mempunyai industri pembuatan aluminium, besi, petrokimia dan penapisan minyak yang secara langsung menghasilkan sisa terjadual. Jika pengurusan tidak dibuat dengan baik, impaknya bukan sahaja kepada alam sekitar, malah keselamatan awam,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
ER2E terlibat dalam pengumpulan, rawatan, kitar semula, pemulihan dan pembuangan akhir sisa terjadual.
Beliau berkata walaupun rangka perundangan dan tahap pematuhan premis serta pengangkutan sisa terjadual di Malaysia adalah tinggi, kelemahan masih wujud dari sudut penguatkuasaan di lapangan, termasuk isu lebihan muatan lori dan kemalangan jalan raya.
Menurut beliau, kewujudan lebih banyak premis rawatan sisa terjadual yang bertauliah di Johor boleh mengurangkan risiko penghantaran jarak jauh melalui jalan awam, sekali gus meminimumkan potensi kemalangan dan pencemaran.
“Dulu mungkin tiada pilihan, tetapi sekarang pengilang mempunyai pilihan menggunakan premis berlesen yang lebih dekat. Mengapa perlu ambil risiko menghantar sisa ratusan kilometer melalui jalan awam?” katanya.
Beliau turut memberi perhatian kepada faktor infrastruktur jalan raya di Johor yang masih dalam fasa pembinaan atau naik taraf, sekali gus meningkatkan risiko keselamatan pengangkutan sisa terjadual.
“Sebahagian lebuh raya di Johor masih separuh siap, laluan sempit dan berkongsi dengan kenderaan awam. Membawa bahan terjadual dalam keadaan ini amat berbahaya kerana sebarang kemalangan boleh mengundang risiko besar kepada pengguna jalan raya dan alam sekitar,” katanya.
Pengurusan Sisa Terjadual Isu Kritikal Di Johor
sisa terjadual, SAF, bahan api penerbangan mampan