BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Pengurusan, Tatakelola FELDA Didedah Minggu Hadapan - Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,402
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,402
Reaction score
346
Points
141

Isu Pengurusan, Tatakelola FELDA Didedah Minggu Hadapan - Anwar​

7aa74c2980a73a5075fe90a4da3f4a1f6aafdc88ae48e

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berucap ketika hadir ke Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC) Seksyen 14 Shah Alam hari ini.

Laporan awal berhubung isu pengurusan dan kerugian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dijangka diumumkan minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata laporan itu bukan bertujuan membalas dendam, sebaliknya sebahagian daripada usaha kerajaan menangani permasalahan yang berlaku di agensi berkenaan mengikut proses undang-undang.

Malah, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan mana-mana individu disiasat, didakwa atau dihukum, kerana perkara itu perlu diputuskan secara bebas oleh institusi berkaitan.

“Minggu depan, mula laporan awal tentang FELDA. Kata ini dendam, dendam apa? Salah guna kuasa apa?

“Apa saya boleh bercakap dengan pendakwa, beri pandangan kepada hakim? Tidak ada. Tanya Ketua Hakim. Ketua Hakim penuh kebebasan dan wibawa untuk putuskan,” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap permasalahan FELDA, kerana kerajaan setiap tahun perlu menyediakan RM980 juta bagi menampung kerugian agensi berkenaan.

Beliau berkata kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan pengurusan FELDA, selepas mendapati rumah pengurus agensi itu di seluruh negara tidak diselenggara dengan baik sejak puluhan tahun, dengan meluluskan RM450 juta bagi kerja membaik pulih rumah pengurus FELDA di seluruh negara.

“Baru-baru ini saya jumpa pengurus FELDA, rumah mereka teruk, puluh tahun tidak dibaiki. Maka saya terpaksa luluskan RM450 juta untuk baiki semua rumah pengurus FELDA seluruh negara,” kata beliau.

Sebelum ini, Jawatankuasa Khas Mengenai FELDA dilaporkan akan mengemukakan laporan interim mengenai cadangan penambahbaikan bagi badan berkanun itu kepada Perdana Menteri, menjelang akhir bulan ini.

 
Back
Top
Log in Register