BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengundi pos makin bertambah

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
10 Januari 2018

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH 2.0) menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan lebih ramai penjawat awam sebagai pengundi pos bagi memenangkan Barisan Nasional (BN).

Menurut BERSIH 2.0, dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), BN hampir kalah di 30 kawasan Parlimen namun diselamatkan oleh undi awal dan pos.

Langkah mendaftarkan lebih ramai penjawat awam itu kata NGO tersebut dapat dikesan apabila SPR telah mendaftarkan ramai kakitangan awam dari agensi lain.

Ia berbeza dengan pengundi pos sebelum ini yang rata-ratanya terdiri daripada anggota tentera, polis dan pasangan mereka, pengamal media dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Antara kakitangan agensi awam yang ramai didaftar sebagai pengundi pos bagi PRU14 kali ini ialah dari Jabatan Penjara; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Jabatan Penguatkuasaan Maritim; pekerja kesihatan kerajaan; sukarelawan polis; Jabatan Pertahanan Awam Malaysia; Jabatan Imigresen; Agensi Pengurusan Bencana Negara; dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Kebanyakan mereka didakwa mendaftar sebagai pengundi pos pada Oktober dan Disember tahun lepas.

“Kami bimbang kerana jabatan kerajaan yang disebutkan itu mempunyai jumlah pekerja dan pasangan mereka yang ramai dan ini mungkin akan merubah keputusan undi di kawasan-kawasan marginal bagi memberi kelebihan kepada kerajaan pemerintah,” ujar mereka dalam kenyataan hari ini.

BERSIH 2.0 justeru menggesa agar rakyat Malaysia menggunakan hak untuk memilih kerajaan dan masa depan negara.

“Keluarlah dan mengundi PRU-14 ini untuk memastikan suara yang diambil kira dalam perjuangan untuk pilihan raya yang bebas dan adil – tetapi apa penting lagi, untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia,” ujar mereka.


ROS_5536-e1515571308351-633x308.jpg
 
Adoii SPRM ni ikut telunjuk pemerintah..
Memang beend kekal perintah smpi kiamat ler...
 
Sapa2 yg pernah jd petugas PRU faham la ni. Dtg undi POS je 100% penyokong. Xpe la. Allah ada..
 
Sapa2 yg pernah jd petugas PRU faham la ni. Dtg undi POS je 100% penyokong. Xpe la. Allah ada..


Yang ini boleh tanya ketua bekas pengarah SPR yg sekarang jadi pembesar dalam PPBM. Dia lebih tau.
 
patutlah ranking demokrasi kita setaraf zimbabwe.
haritu tengok National Geographic sistem PRU India memang terbaik dan sistematik.
 
Last edited:
Undi pos ni dgn pasangan2 dia sekali kena ye...
Memang lawak betul lah... naseb baik dia tak tutuh smpai ke anak2 dan cucu2...
 
Back
Top
Log in Register