TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
SIRI ALAM GHAIB: PENGHUNI TUJUH LAPIS BUMI
Dikisahkan sebelum Allah Ta'ala menciptakan bumi, Allah Ta'ala telah menciptakan 1,000 dunia tersembunyi di mana dunia tersembunyi itu diciptakan daripada huruf pertama "Alif". Kemudian untuk beberapa ribu tahun kemudian, baru Allah Ta'ala menciptakan bumi kita.
Bahawa selapis bumi yang pertama ini bernama Rika dan adalah di atasnya sebanyak 1,000 alam. Maka daripadanya 400 alam di darat dan 600 alam di laut. Ibn 'Abbas r.a berkata bahawa adapun di bawah lapis bumi yang pertama itu terdapat angin yang bernama 'Aqim di mana padanya terdapat 70,000 tali. Setiap satu tali terdapat 70,000 Malaikat dan dengan angin inilah Kaum 'Aad dibinasakan oleh Allah Ta'ala. Ketika angin itu keluar dari lapis bumi, ia keluar sebesar lubang cincin saja. Adapun penghuni lapis pertama suatu kaum bernama Barsum.
Adapun lapis bumi yang kedua bernama Habaldah dan ada pada lapis bumi ini beberapa azab Allah Ta'ala bagi segala isi Neraka. Yang menghuni lapisan ini suatu kaum yang bernama Tamas di mana makanan dan minuman mereka adalah daging dan darah mereka sendiri.
Lapis bumi ya g ketiga bernama 'Arqah dan yang mendiami lapisan ini adalah kala jengking seperti baghal berwarna hitam. Ekornya seperti ekor kambing dan pada tiap² ekornya terdapat 360 bukaan dan pada setiap bukaan terdapat 310 sengat yang amat bisa. Jikalau di sengatkan orang bumi dengan satu sengatan, pasti kesemua manusia mati. Adapun kaum yang mendiami lapisan bumi ini bernama 'Usai di mana makanan mereka adalah tanah dan minuman mereka air embun.
Lapis keempat bumi bernama Juryan dan sesetengah memanggilnya Harfaqa. Di dalam lapisan ini terdapat beberapa ekor kala jengking dan ular yang keadaan fizikalnyanya sebesar bukit. Pada setiap seekor ular itu terdapat 1,000 gigi yang besarnya seperti sepohon kurma yang panjang. Pada setiap gigi terdapat sebekas bisa yang hitam. Adapun kaum yang menghuni lapisan ini bernama Halhum.
Bumi lapis kelima bernama Halban dan ada riwayat lain menyebutnya sebagai Halkan. Pada lapisan bumi ini terdapat beberapa batu dari tanah cempaka dan digantung pada setiap leher kaum yang mendiami lapisan ini. Adapun kaum itu bernama Tahat di mana makanan mereka adalah daging mereka sendiri.
Lapis bumi keenam bernama Sijjin dan sebahagian riwayat mengatakan namanya Sabkha. Di dalam lapis ini terdapat daftar (fail) ahli² Neraka. Di atas lapis bumi ini terdapat kerajaan Iblis dan segala tenteranya. Adapun kaum yang menghuni lapisan ini bernama Qathaj di mana wajah mereka seperti unggas. Mereka sentiasa beribadah kepada Allah Ta'ala dengan ibadah yang sebenarnya.
Adapun lapis yang ketujuh bernama 'Ajiba dan pada lapisan inilah juga tempat iblis. Kaum yang menghuni lapisan ini bernama Haiwan di mana warna mereka hitam serta memiliki kuku seperti kuku harimau. Menurut setengah riwayat, mereka inilah yang akan membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj.
Pada suatu riwayat, bumi itu bernama 'Ajiba dan padanya terdapat beberapa Malaikat Allah sujud kepada Allah Ta'ala di mana mereka tidak sesekali mengangkat kepala mereka hingga Hari Kiamat. Pada satu penjuru bumi terdapat Neraka Zamharir di bawah bumi itu terdapat zulmat (kegelapan).
#MAMR