BTC USD 84,213.8 Gold USD 4,276.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TUJUH LAUTAN

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1626714128014.jpg

SIRI ALAM GHAIB: TUJUH LAUTAN

Diriwayatkan bahawa Allah Ta'ala telah menciptakan lautan pada hari Ahad setelah penciptaan tujuh lapis bumi. Di bumi ini terdapat tujuh lautan utama iaitu Lautan Artik,
Lautan Atlantik Utara, Lautan Atlantik Selatan,
Lautan Hindi, Lautan Pasifik Utara, Lautan Pasifik Selatan dan Lautan Selatan (atau Antartika).

Orang-orang Arab dan jiran-jiran terdekat mereka menganggap Tujuh Laut (بحار العالم ، سبعة البحار - Laut di dunia, tujuh lautan) yang dimaksudkan itu adalah Teluk Parsi (Laut Fars),
Laut Arab (Laut Larwi/Zanj), Teluk Bengal (Laut Harkand), Selat Melaka (Laut Kalaha antara Sumatera dan Tanah Melayu), Selat Singapura (Laut Salahit), Teluk Thailand (Laut Kardanj) dan Laut China Selatan (Laut Sanji).

Istilah "Tujuh Lautan" ini pernah muncul seawal 2300 SM dalam Hymn 8 Enheduanna Sumeria kepada dewi Inanna. Orang Mesopotamia adalah bangsa yang pertama dalam sejarah astronomi untuk yang menyimpan rekod tujuh objek diperhatikan bergerak di langit – tujuh Planet Klasik / Tujuh Langit – dan mereka membuat perkaitan ini kepada tujuh lautan mereka.

Ya'qubi pernah menulis dan menceritakan tentang tujuh lautan. Menurutnya, sesiapa yang mahu pergi ke China mesti menyeberangi tujuh lautan di mana setiap satu lautan dengan warna, angin, ikan dan bayu tersendiri, berbeza sekali dengan laut yang terletak di sebelahnya. Yang pertama daripada tujuh lautan itu adalah Lautan Fars, yang mana manusia belayar dari Siraf. Ia berakhir di Ra’s al-Jumha; ia adalah selat di mana mutiara dipancing. Lautan kedua bermula di Ra’s al-Jumha dan dipanggil Larwi. Ia adalah lautan yang besar, dan di dalamnya adalah Pulau Waqwaq dan lain-lain yang tergolong dalam Zanj. Pulau-pulau ini mempunyai raja-raja. Seseorang hanya boleh belayar di laut ini dengan bintang-bintang. Ia mengandungi ikan besar, dan di dalamnya banyak keajaiban dan perkara-perkara yang menjangkaui penerangan. Lautan ketiga dipanggil Harkand, dan di dalamnya terdapat Pulau Sarandib, di mana terdapatnya batu-batu berharga dan delima. Di sini terdapat pulau-pulau dengan raja-raja, tetapi ada satu raja atas mereka. Di pulau-pulau di lautan ini bertumbuhnya buluh dan rotan. Lautan keempat dipanggil Kalah dan adalah cetek dan dipenuhi dengan ular-ular yang besar. Ada kalanya mereka mengikut angin dan menghancurkan kapal-kapal. Di sini terdapat pulau-pulau di mana pokok kapur barus tumbuh. Lautan kelima dipanggil Salahit dan sangat besar dan penuh dengan keajaiban. Lautan keenam dipanggil Kardanj; sangat berhujan dan Lautan ketujuh dikenali sebagai laut Sanji, juga dikenali sebagai Kanjli. Ia adalah laut China; seseorang itu ditiup angin ke selatan sehingga seseorang itu tiba di teluk air tawar, bersama-sama tempat-tempat berkubu dan bandar-bandar, sehingga satu sampai Khanfu.

Disebalik lautan dunia, Allah Ta'ala telah menciptakan 40,000 alam dan tujuh lautan lainnya. Adapun lautan pertama bernama Lautan Baytush di mana lautan ini mengelilingi bumi di belakang Gunung Qaf. Kemudian di belakang lautan itu berturut-turut lautan yang bernama Lautan Asamm, Lautan Qaynas, Lautan Sakin, Lautan Mughallib, Lautan Muannis dan Lautan Baki. Setiap dari lautan ini mengelilingi lautan yang sebelumnya. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran, Surah Luqman ayat 27 yang bermaksud: "Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudahnya".

Di dalam setiap lautan ini terdapat bermacam-macam makhluk berbagai karakter yang hanya Allah Ta'ala yang mengetahui jumlahnya. Allah Ta'ala telah menciptakan makanan bagi para makhluk-makhluk ini dalam hari yang keempat seperti yang tercatat di dalam al-Quran, Surah Fussilat ayat 10 yang bermaksud: " Dan Dia menciptakan bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya dalam empat masa".

Adapun di setiap lautan tersebut terdapat seorang Malaikat yang menjaganya. Di antara nama Malaikat yang menjaga lautan tersebut antaranya bernama Malaikat Shadluqan, Malaikat Arariail, Malaikat Gagiail, Malaikat Azari'il dan Malaikat Mahlahyaabil. Walaupun para Malaikat menjaga setiap lautan, tetapi mereka terbatas dengan alam yang lainnya, antaranya Alam Azrak.

Alam Azrak merupakan salah satu dari ribuan alam yang berada dilapisan keempat setelah bumi, dan hanya diduduki oleh sebagian mahkluk yang mempunyai pangkat, kedudukan, maqom dan darjat yang tinggi dihadapan Allah SWT, terhitung sejak zaman nabi Adam AS, sampai sekarang. Alam ini disebut sebagai wadah dari beragam aliran makhluk, seperti Manusia, Jin, Syaitan, Rijalul Ghaib, bangsa Waliyulloh, dan lain-lain. Alam Azrak merupakan alam yang sangat jauh dengan alam bumi, dalam segala sifat penghuninya.

Selain Alam Azrak, terdapat juga Alam Iblis dan Alam Jin. Alam Iblis merupakan alam yang dipenuhi dengan kaum² Iblis dan merupakan empayar yang terbesar yang menguasai lautan sementara Alam Jin adalah alam yang dipenuhi dengan kaum Jin yang berpusat di atas bumi meliputi hutan belantara, gunung-ganang dan sebahagian kecil lautan. Adapun istana Alam Iblis itu terletak di tengah lautan dan lautan itu merupakan lautan yang tidak pernah diterokai oleh manusia amnya malah terdapat bermacam² makhluk yang menghuni di dalamnya yang berasal dari bangsa Nisnas dan bangsa Banul Jan. Antara mereka adalah bangsa Adaamiyah al-Bahr (Bunian Laut), Huriyyah al-Bahr (asma peri) dan Bandar ar-Rum (bangsa duyung).

Bangsa Adaamiyah al-Bahr yang dikenali sebagai Bunian Laut merupakan bangsa yang memiliki bentuk tubuh seperti manusia sama seperti Bunian di darat. Mereka dikatakan lebih bertamadun dan berbudaya sehingga dapat membina bandar² dan kota² moden. Bangsa ini pernah membuat perjanjian dengan raja manusia agar menjauhi antara dunia laut dan dunia darat bagi mengelakkan berlakunya konfrontasi. Bangsa Adaamiyah dan bangsa Huriyyah dikatakan sama-sama menyembah keluarga al-Hin yang dikenali sebagai Basa'idun yang dianggap sebagai bapa dan pengasas kepada tamadun mereka.

Bangsa Huriyyah merupakan bangsa yang memiliki tubuh badan yang bersirip dan memiliki jari jemari seakan haiwan akuatik. Mereka juga memiliki mata yang besar seperti mata ikan dan mereka lebih mirip kepada humanoid kerana mempunyai kaki dan tangan. Mereka dikatakan hidup jauh dari bangsa manusia dan tidak pernah menonjolkan diri dipermukaan laut.

Bangsa Banaat ar-Rum merupakan bangsa yang sering kita dengari iaitu bangsa ikan duyung. Ikan duyung memiliki sebutan yang berbeda di tiap tempat. Di Afrika barat dan tengah ia disebut sebagai Mami Wata; di Rusia dan Ukraina disebut sebagai Russalki (Rusalka) sementara di Irlandia disebut sebagai Merrow.

Dalam Kitab Ajwibah Az-Zarqani ia disebut dengan nama Admiyatul Bahr atau manusia laut. Dalam kitab Hasyiyah Al-Bujairimi disebut dengan nama Banaatul Ruum sementara di dalam Kitab Hayah Al-Hayawaan disebut dengan nama Insanul Ma’ serta Syaikul Bahr untuk yang jantannya. Syaikh Fauzan menyebutnya dengan nama Hurriyyah al-Bahr atau peri laut.

Bangsa duyung diyakini sebagai makhluk mitologi haiwan laut setengah manusia dan setengah ikan. Kisah putri duyung muncul dalam cerita rakyat dari berbagai budaya di seluruh dunia, meliputi Timur Dekat, Eropah, Afrika, dan Asia. Dalam mitologi Yunani, putri duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai; siapa saja yang tergoda akan menemui ajalnya. Namun, beberapa ulama memiliki pendapat berkaitan dengan putri duyung. Dalam Kitab Hayaah Al-Hayawan jilid 1 halaman 46,

إنسان الماء يشبه الإنسان، إلا أن له ذنبا. قال القزويني: وقد جاء شخص بواحد منها في زماننا، مقدر كما ذكرنا. وقيل: إن في بحر الشأم، في بعض الأوقات من شكله شكل إنسان وله لحية بيضاء، يسمونه شيخ البحر، فإذا رآه الناس استبشروا بالخصب.

“Manusia laut adalah haiwan yang menyerupai manusia, namun dia memiliki ekor. Al-Qazwaini berkata: ‘Ada seseorang yang datang membawa haiwan ini di zaman kami dengan bentuk yang telah kami sebutkan’. Dan disebutkan: "Sesungguhnya di laut Syam di beberapa waktu ada haiwan yang bentuknya menyerupai bentuk manusia dan dia memiliki janggut yang putih, mereka menamainya dengan ‘Syaikh Al-Bahr’. Jika mereka dilihat oleh manusia maka mereka senang.” (Hayaah Al-Hayawaan 1/46).

Diterangkan dalam kitab Hasyiyah Al-Bujairimi jilid 4 halaman 230 yang bermaksud:
“Banaat Ar-Ruum adalah ikan di laut yang menyerupai wanita. Dia memiliki rambut yang terurai panjang. Warnanya condong ke coklat-coklatan, memiliki farj (kemaluan) dan payudara. Dapat berbicara namun tidak dapat difahami, mereka tertawa dan terbahak-bahak".

"Terkadang ikan ini tertangkap oleh para pelaut kemudian dinikahi dan dikembalikan lagi ke laut” (Tuhfah Al-Habib ‘Alaa Syarh Al-Khatiib 4/325).

Yang menariknya lagi, apakah putri duyung itu manusia atau makhluk laut yang menyerupai manusia? Kerana jika dia manusia maka berlaku pula hukum manusia padanya yaitu halal untuk dinikahi tapi jika putri duyung adalah haiwan laut, maka haram untuk dinikahi tapi halal untuk dimakan.

Imam Az-Zarqani menjelaskan dalam kitabnya Ajwibah Az-Zurqani hal 46, Al-Imam Az-Zurqani Al-Maliki -rahimahullah-, beliau ditanya: “Peri laut jika dinikahi oleh manusia, apakah peri laut tersebut akan bersama manusia itu akan masuk surga?” Beliau menjawab: “Peri laut termasuk dari kalangan haiwan, maka tidak boleh menikahinya. Dan jika disetubuhi, maka pelakunya harus dihukum ta’dib/ta’ziir (hukuman yang bukan hadd karena sebuah tindakan kemaksiatan). Dan peri laut pada hari kiamat akan menjadi debu seperti hewan-hewan lainnya” (Ajwibah Az-Zurqani hal. 46)

Lalu bolehkah ia dimakan ?

Syaikh Fauzan pernah ditanya mengenai hukum memakan putri duyung;

فضيلة الشيخ وفقكم الله : يذكر بعض المختصين بالأسماك في البحر أن هناك سمكة رأسها كرأس المرأة ولها شعر ووجه كوجه المرأة ، فهل يجوز أكلها , وهي ما يسمى بالحورية؟

“Wahai syaikh yang mulia -semoga Allah selalu memberi taufik-. Ada sebagian para nelayan yang ahli tentang ikan menyebutkan bahwa di laut ada ikan yang kepalanya seperti kepala wanita dan dia memiliki wajah seperti wajah wanita. Apakah boleh dimakan, dan mereka menamainya dengan “Huuriyah” (peri laut)? Beliau menjawab:

فيه إنسان البحر فيه شيء من السمك على شكل إنسان يسمونه إنسان البحر يؤكل كل صيد البحر يؤكل ولو كان على شكل رجل أو شكل إمرأة نعم

“Ada namanya manusia laut. Ada ikan yang memiliki bentuk seperti manusia yang mereka namai dengan manusia laut. Setiap haiwan laut yang diburu, maka boleh dimakan walau dia berbentuk seorang lelaki atau wanita. Na’am.”

Syaikh Ibnu Utsaimin, Beliaupun juga pernah ditanya tentang manusia laut ini dan beliau berfatwa akan bolehnya memakan hewan laut ini dengan berdalil dari hadits Nabi tentang laut bahwa “Dia suci airnya dan halal semua hewan-hewannya” (HR. Abu Daud no. 83; Shahih sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albani).

Kewujudan makhluk-makhluk ini sangat sukar ditemui kerana mereka hidup di dalam lautan yang dalamnya mustahil dapat diharungi dan mempunyai tekanan yang amat tinggi. Mereka menghuni lautan ombak yang berlapis-lapis seperti yang diceritakan di dalam hadis. Firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran, Surah an-Nur ayat 40. "Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang tindih bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun."

Para pengkaji berkata palong Mariana merupakan lautan yang terdalam dan tidak terjangkau ke dalamannya dan tiada manusia yang sampai ke sana. Menurut sesetengah riwayat mengatakan bahawa lautan itu bernama Lautan Qaldum. Manusia dan mesin termasuk juga para Jin tidak sanggup mencapainya. Jin tidak sanggup untuk ke sana kerana tahap keilmuan yang mereka miliki, cuma raja² Iblis saja yang ada di sana.

#MAMR
 
Back
Top
Log in Register