dakwah
Banned
- Messages
- 1,120
- Joined
- Jul 5, 2006
- Messages
- 1,120
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
LONDON: Alat pemain MP3 yang sebegitu popular ketika ini perlu
memaparkan tanda amaran risikonya termasuk boleh menyebabkan
penggunanya pekak kerana mendengar terlalu kuat, dakwa sebuah
pertubuhan di sini.
Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, tinjauan terbaru
Institut Orang-Orang Pekak Kebangsaan Britain (RNID) membabitkan
pengguna MP3 mendapati lapan daripada 10 alat MP3 berkenaan
dilengkapi paras bunyi lebih 80 desibel.
Kadar pendengaran normal adalah antara 0 - 20 desibel.
"Penggunanya terutama di kalangan anak muda perlu diberi amaran yang
mereka sebaliknya berdepan kemungkinan menjadi pekak pada usia lebih
awal disebabkan bunyi yang terlalu kuat sedemikian," kata ketua
eksekutif pertubuhan itu, Dr John Low dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu katanya, pengeluar MP3 bertanggungjawab memastikan
pelanggan mereka menyedari risiko akibat perbuatan mereka itu.
"Mereka perlu bekerjasama dengan meletakkan tanda amaran pada
bungkusan produk masing-masing. "
Low menegaskan pertubuhan itu bukannya mahu menghalang orang ramai
mendengar alat berkenaan atau mengunjungi kawasan lebih bingit
seperti di pub, disko dan kelab malam bagi menikmati muzik, tetapi
sekadar mahu memastikan pengguna mengambil langkah melindungi diri
daripada kesan bunyi muzik kuat.
"Kami sendiri sedia maklum yang anak muda hari ini mungkin hilang
pendengaran pada usia awal kerana suka mendengar bunyi bingit muzik
yang terlalu lama pada alat pemain MP3 mereka.
"Masalah pekak berlaku apabila seseorang itu bertindak mendengar
muzik terlalu kuat pada tempoh amat lama. Malah, kedengaran bunyi
desing dan dering dalam telinga adalah tanda amaran yang pendengaran
seseorang itu berkemungkinan bermasalah." – Agensi